CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 10 Januari 2011

Selamat Memulakan Semester Baru!


Dah 2 minggu semester baru bermula. Macam biasalah, bila mula je semester baru pasti diiringi dengan cita-cita atau azam yang baru. Ianya berikutan prestasi yang dicatat pada semester sebelumnya. Sama ada elok atau tak, 'tepuk dada tanya selera'. Namun bagi aku, satu senyuman kepuasan aku berikan pada diri ku sendiri. Walaupun aku tak mampu nak score Dean's List semester sebelumnya, aku bersyukur dan berpuashati dengan CGPA 3.44. Pastinya semester ni, aku akan mempertingkatkan lagi pointer aku dan yang paling penting mendapatkan segulung Diploma yang berkualiti suatu hari nanti. Nak bagitau ni, sem lepas aku ambil 19 jam kredit, so untuk sem ni aku ambil 17 jam kredit. Cukup la tu, takut pula aku tak terbawa semuanya sem ni. 

Antara subjek yang aku perlu ambil sem ni agak mencabar kewibawaan aku sebagai sorang student nursing. Ditambahkan dengan tenaga-tenaga pengajar sem ni yang amat terkenal dengan kegarangan, kejahatan, kecerewetan, ketegasan dan pelbagai lagi lah 'ter-' nya. Tapi tak pe, susah senang terpaksa juga kan aku tempuhi. Ni lah subjek-subjek yang akan menentukan pointer aku sem baru ni. 
  1. Health Assessment
  2. Therapeutic Intervention
  3. Medical-Surgical Nursing 1
  4. Human Biology 1
  5. Nursing Practicum 2
  6. English Language for Nursing 1
  7. Entrepreneurship
Amacam, nampak susah ke senang? No komen wat masa ni.

By the way, aku rasa masih lagi untuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua bloggers dan reader yang sudi menyinggah kat blog aku ni. Tahun 2011, aku harapkan dapat memberi pelbagai kesan positif dalam proses kita belajar menghadapi kehidupan seharian. Hehe.. ayat berfalsafah tu.

Sepertu biasalah, asal datang je tahun baru tak habis-habis orang sebut tentang azam baru. Ianya sudah menjadi 'trend' atau norma masyarakat kita hari ni. Bagi aku lah azam sepatutnya bukan kita lakukan setahun sekali, tetapi setiap malam sebelum kita tidur kita perlu muhasabah diri kita sendiri mengenai perlakuan atau apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita. Agak-agaknya lah, korang ade buat tak?

Hehe.. Ok lah sampai di sahaja coretan wat masa ni, aku nak gi mandi, masam muchuk dah bau badan aku ni. Apa-apa pun Selamat Menempuhi Semester Baru buat semua bloggers dan readers yang stil lagi study, tak kira lah kat mana-mana IPT sekalipun terutama budak-budak Diploma Nursing USM Kampus Kesihatan. Ingat, perjuangan mesti diteruskan, ye tak?





Tiada ulasan:

Catat Ulasan