Korang pasti dah dengar berita pesawat AirAsia AK5218 dari LCCT ke Kuching telah tergelincir ketika cuba mendarat di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), petang Isnin yang lepas. Perghh.. gempak siot, dah lah KIA tu baru je 10 minit dari rumah aku. Mesti riuh rendah family aku nak tau apa yang berlaku..Hehehe..
Kejadian tersebut dikatakan berpunca akibat faktor cuaca yang tidak elok (hujan lebat)di Bandaraya Kuching, sehingga menyebabkan landasan licin. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, tiada kemalangan jiwa dilaporkan hanya sekadar 4 penumpang mengalami kecederaan ringan. Kerana kejadian ini, semua penerbangan keluar-masuk di KIA sepanjang kelmarin dibatalkan.
Walaupun aku ni memang jenis yang tak suka naik AirAsia kerana pengalaman yang lepas, dan aku sememangnya fan no. 1 MAS, aku percaya yang korang still menjadikan penerbangan ini sebagai pilihan utama. So diharapkan kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.
AK5218 TERBABAS DI LTAK(11.1.11) "Para petugas Air Asia tidak cekap mengendalikan kes-kes kecemasan kerana kami dibiarkan bertempiaran lari tanpa arah dan tiada sesiapapun yang membantu menenangkan kami sebaik keluar dari pesawat" YB Snowdan Donald Lawan(ADUN Balai Ringin)
- Petikan KOSMO(12.1.11 m/s 3)
note: walaupun aku ni peminat drama AWAN DANIA musim pertama, aku memang tak suka AirAsia, dah lah suka delay flight, selalu inform ada technical problem then selalu menipu... Sepanjang idup aku sekali je naik AirAsia dan aku dah serik. Aku sentiasa memilih MAS walaupun tambangnya mahal tapi service no 1 bro.
cuak gile lepas ni nak naik air asia.. aduuhh...
BalasPadam