CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 12 Januari 2011

Sistem Kemasukan ke IPT yang Baru



Benda ni tak adalah baru sangat. Tapi sekarang dok heboh diperkatakan oleh member-member seperjuangan aku.

Secara zalim lazim nya semester 1 untuk kemasukan pelajar-pelajar IPTA selalunya bermula pada bulan Julai dan berakhir pada awal November. Namun untuk sesi depan pihak KPTM berhajat mahu menganjakkan permulaan semester baru pada bulan September.

Alasannya mudah, mahu sama dengan IPT tersohor di luar negara yang lain. Ye tak?

Kebanyakan universiti tersohor yang terletak di hemisfera utara mengamalkan sistem semester yang bermula pada bulan September. Jadi untuk tujuan ini, IPT di negara kita juga akan bermula pada September untuk berada pada keadaan yang sama seperti mereka. 

Aku tak tahu sama ada keputusan ini dibuat atas research yang betul-betul cukup atau tak. Tapi aku tak rasa pihak Kementerian ambil kira universiti tersohor di hemisfera utara tu ada 4 musim dan sistem semester mereka mengambil kira itu dalam kalendar akademik mereka. Sebab itu ada summer dan winter break.

Kita hanya ada 2 musim. Kemarau dan tengkujuh. Dan aku tak rasa pihak Kementerian ambil kira menjelang peperiksaan akhir semester 1 adalah musim tengkujuh dan banjir di sesetengah tempat. Melainkan Malaysia turun salji tahun ini, aku nampak alasan nak sama dengan universiti lain tu sangat tak relevan. Geografi punya sebab la bhai.

Alasan seterusnya nak bagi masa untuk pelajar SPM yang cemerlang fikir mahu teruskan pelajaran di mana. Sistem sekarang masanya singkat sangat, sebab tu pelajar kita terus belajar di luar walaupun IPT dalam negara pun tak kurang hebatnya.

Agak-agak la kalau nak menipu. Kalau seorang pelajar berumur 17 tahun diberi pilihan, IPT dalam negara dan sebuah universiti di Wales, agak-agak korang, mana dia pilih walaupun dia diberi masa yang cukup ya amat untuk memilih? Berlari-lari dikejar penyengat, sendiri mau ingat la

Alasan seterusnya lagi membakarkan darah kat kepala otak aku ni. Kalau semester baru mula bulan September, senang untuk kemasukan pelajar luar negara kerana keputusan mereka lambat keluar dan mungkin tak sempat jika kemasukan Julai. Alasan ni nampak sangat kapitalis. Nampak sangat mementingkan duit dan imej. Padahal tak ambil kira orang yang tengah belajar dan mengajar sekarang.

Aku tak kisah perubahan. Tapi perubahan yang macam asbestos memang aku kisah.

Benda ni terang-terang tak ada research yang cukup. Dan aku rasa benda ni akan jadi hangat-hangat tahi ayam sama macam pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan