CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 10 Januari 2011

Tolong Ingatkan AKu Bila Perut Mula Meragam

Malam tadi bukan main banyak lagi junk food yang aku beli dari mini mart Nurani. Korang tau tak junk food tu apa? Keropok or jajan lah. Hehehe.. ni gara-gara nak enjoy mengadap TV nak tengok AJL25 punya pasal. Makan sampai tak sedar diri, dah macam-macam jenis makanan dah masuk dalam perut aku ni. Kesannya aku dah tak leh nak tidur nyenyak malam tadi. Perut asyik meragam je, lebih 10 kali rasanya aku keluar masuk tandas. 

At the end, aku terpaksa call ketua kelas bagitau yang aku tak leh nak attend kuliah hari ni. Terlepas lah aku kuliah Health Assessment dan Medical-Surgical Nursing 1. Ni terpaksa tanya coursemate untuk tau nota-nota hari ni. Terlepas 1 kelas ibarat bencana besar kepada student nursing coz knowledge tak kene update. 

Sebut pasal AJL25, memang ramai yang tak puas hati kan dengan keputusan malam tu. ANA RAFALI dengan lagu TOLONG INGATKAN AKU sememangnya membuat kejutan bila dinobatkan sebagai JUARA AJL25



Aku pula memang tak menyangka yang dia akan menang, sebab aku target samada YUNA ataupun FAIZAL TAHIR yang akan menjadi juara pada malam itu. Mungkin rezeki sememangnya milik Ana Rafali, kita bukan pakar pun dalam bidang ni, para juri lebih tahu dan berpengalaman dalam menentukan juara setiap tahun. Tapi aku percaya, isu kemenangan Ana Rafali sememangnya akan menjadi topik perbincangan hangat oleh bloggers-bloggers sume. Masing-masing memberi pandangan seperti sorang yang pakar. Anyway aku berpuas hati apabila HAFIZ AF memenangi vokal terbaik dan tempat ke-3, dan yang pasti HANYUT by FAIZAL TAHIR memang layak memenangi persembahan terbaik. Kemenangan Ana Rafali telah membuktikan kepada semua bahawa populariti seseorang artis tidak semestinya menjamin kemenangan di dalam AJL. Anyway aku memang minat dengan Ana Rafali ni, coz dia dengan bangganya dan selambanya memakai baju kurung setiap kali performed. Dia memiliki ciri-ciri dia tersendiri. Congratulation kat Ana Rafali, semoga AJL ni akan terus membawa dia ke puncak yang tinggi. Persembahan pentutup AJL25 sememangnya persembahan yang terbaik dengan penampilan Datuk Sharifah Aini, Ziana Zain dan Datuk Siti Nurhaliza. Bagi aku, performance ketiga-tiga diva ni memang hebat. They are legend tul tak? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan