PENGAJARAN TERSUSUN DARI TUHAN YANG MAHA ESA
Gempa bumi Padang, Indonesia.
Gempa bumi Christchurh, New Zealand.
Gempa bumi Fukushima, Jepun.
Tsunami Fukushima, Jepun.
Gempa bumi Myanmar – Thailand.
Banjir teruk melanda semenanjung Malaysia.
Serta beberapa bencana yang berterusan sekitar dunia…..
Akhirnya kita membaca semua rentetan kejadian di atas sebagai satu bala dari Tuhan yang maha Esa supaya manusia didalam dunia ini saling ingat memperingat dan faham memahami. Tapi disebalik kejadian tersebut adakah kita pernah terfikir yang kita juga merupakan penyumbang utama terhadap kejadian itu berlaku?
Ya, Kuasa Tuhan yang maha hebat tiada siapa boleh melawan.
Namun itulah pengajaran dan pendidikan terbaik yang Tuhan berikan kepada manusia yang tidak mahu mendengar dan mematuhi peraturannya.
Kali ini marilah kita sama-sama bermuhasabah dengan hati yang benar-benar terbuka.
Tingkatkan kualiti kesedaran kita mengenai isu alam sekitar, semoga hadir cakna dalam diri.
Fakta Earth Hour
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 tonkarbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165megawatt-jam dan 102 ton karbon dioksida
Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.
Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut. Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber sepertitenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.
Sengaja saya berikan fakta untuk kita memahami dengan lebih jelas mengapa EARTH HOUR diadakan.
CERITA BUMI
Tidak ramai dikalangan warga muda kita minat membicarakan tentang bumi , banyaknya berbicara soal cinta , hiburan , dan politik.
Ramai yang tidak mengambil endah kisah bumi , walhal di atas jasa ciptaan Tuhan yang sudah “tua” inilah kita berhutang berjuta jasa padanya dalam kehidupan seharian dan di atas bumi ini jualah kita menerima berjuta nikmat yang Tuhan kurniakan.
“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?” (Fathir – 3)
Jika Senator Gaylord Nelson menjadi pencetus kepada kesedaran rakyat Amerika untuk memperjuangkan isu bumi dan alam sekitar dan akhirnya “Hari Bumi” sehingga kini disambut di seluruh dunia setiap 22 april tiap-tiap tahun.
Dimana pula warga muda Malaysia yang sibuk memperjuangkan isu bumi ini??
Adakah belia Malaysia seperti kita khususnya hanya hebat membicarakan soal politik dan perkara “kosong”?? yang hanya di awal ceritanya perbalahan dan di akhir ceritanya jua pergaduhan.
Dunia hari ini.. akan datang??
KESEDARAN YANG HARUS DIPUPUK
“Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan serta pohon-pohonan, keduanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia telah meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampau batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah (laksanakanlah) timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (Al-Rahman , 5-9 )
“Islam berusaha menjaga alam sekitar dan segala elemennya dengan cara memberikan penekanan terhadap tuntutan moral, peraturan dan undang-undang” (Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi, Riayatul-Bayiat fi Syariatul-Islam)
Perkara diatas menunjukkan betapa Islam menuntut penganutnya agar mempunyai nilai kesedaran yang tinggi terhadap isu pemuliharaan alam sekitar dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Kesedaran ini haruslah dipupuk di dalam jiwa segenap Muslim yang berada didunia ini agar tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.Oleh yang demikian , generasi muda haruslah memainkan peranan yang cukup penting dalam melaksanakan misi murni ini . Hal ini kerana generasi muda merupakan penggerak yang aktif dalam melaksanakan sesuatu perkara dan misi.
Jika kita melihat kepada persekitaran kita di Malaysia. Masyarakat setempat kurang mengambil cakna terhadap isu pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim dunia. Pencemaran yang dilakukan oleh masyarakat kita terhadap alam sekitar amat menyedihkan lebih-lebih lagi majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Membuang sampah merata-rata dan merokok merupakan amalan kebiasaan kita yang menyebabkan pencemaran berlaku dengan hebatnya. Sampah dimana-mana. Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini yang mencerminkan pandangan dunia luar terhadap dunia Islam.
Kadangkala kita juga terikut dengan cara hidup sebegini.
dalam masa yang sama , kita mengutuk perbuatan keji yang dilakukan mereka.
KITA??
SEMUANYA BERMULA DARI KITA
“Ia lah tuuu..” Bermain alasan.
“takper ini fardhu kifayah , orang lain dah buat..” Cuba memberi alasan.
“Alaa gelap-gelap , bukan best pun..” Alasan biasa.
“sejam jerr??? pastu …. membazir balik..” Alasan “BIJAK“.
“Malas aku nak ambik cara..” Mencari Alasan.
Bagi yang mempunyai ujian mereka juga tidak terkecuali dengan kempen kesedaran ini. Cumanya mereka tidak menutup lampu sewaktu kempen ini dijalankan. Namun mereka mempunyai kesedaran yang pembaziran elektrik ada kesannya.
Diatas merupakan beberapa respon yang aq terima. Aq sudah menilai mengikut pemikiran aq, kini anda yang membaca cubalah menilai pula.
Walaupun kempen ini cuma dijalankan selama satu jam setiap tahun , namun sebagai insan yang punya keprihatinan dan kemanusiaan terhadap isu alam sekitar mereka akan berfikir dengan hikmah kenapa kempen ini dijalankan. Adakah untuk suka-suka , kemudian diuar-uarkan didalam media sedunia?? Ataupun kempen ini cuba mendidik manusia agar bersikap jimat-cermat terhadap penggunaan elektrik??
KENAPA PELIK??
Perubahan cuaca setiap tahun mengalami satu keadaan yang tidak disangka-sangka.
Musim sejuk tidak menentu. Sekejap panas , sekejap sejuk.
Negara yang tidak pernah menerima salji , turun salji.
Hujan , banjir dan ribut menjadi-jadi di negara beriklim khatulistiwa.
Musim panas , semakin panas dari sebelumnya.
Serta banyak lagi bencana yang menimpa dunia , saban hari kita dengar di media.
ITU perkara pelik bagi yang tidak mengikuti perkembangan alam sekitar sedunia.
Biasanya alasan yang kita akan dengar ialah , dunia sudah tua , ini tanda kiamat , Tuhan nak uji hamba dan macam-macam lagi.Semua menjadi alasan sebagai noktah menutup bicara.
Alasan itu ada benarnya. Namun adakah ia hanya sekadar alasan semata-mata tanpa memikirkan mengapa alasan itu diberikan?? Tidakkah kita mahu mencari mengapa alasan itu dibina??
Buntu fakta atau buntu idea ?
Jangan dilupa , Tuhan mencipta kita dimuka bumi ini , diantara hikmahnya ialah kita disuruh melihat dan mempelajari apa yang ada dimuka bumi ini.Kita disuruh bersifat MENCARI.
Mencari keagungan pencipta alam ini. Mencari hikmah mengapa bumi ini diciptakan.
IMPIAN KITA , IMPIAN DUNIA
Kita semua masih belum terlambat untuk sama-sama berusaha kearah dunia yang lebih sempurna dan ceria. Kita tidak perlu tunggu tahun hadapan bilamana earth hour ini dilaksanakan. Kita hanya perlu bermula dari sekarang untuk sama-sama menyedari akan kepentingan isu ini.Kita yang sedar akan menjadi diantara mereka yang merealisasikan impian dunia ini!!
“Orang bijak berfikir tindakannya sentiasa bijak , Orang yang buat BIJAK biasanya dia akan hebat bercakap dari orang yang bijak…”
LAKUKAN APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN
Kita yang harus memulakan dahulu.
Tidak perlu untuk menyalahkan sesiapa didalam dunia ini terhadap kekejaman meeka terhadap isu ini.Salah dan menyalahkan menyebabkan tindakan kita semakin lembab dan lambat.
Mulakan sahaja dengan KITA.
- KITA haruslah menyokong terhadap mana-mana organisasi atau individu yang memperjuangkan isu alam sekitar dan perubahan iklim global.Sokongan yang kita berikan akan memperkuatkan lagi semangat untuk memberi nilai kesedaran terhadap dunia.
- KITA haruslah memulakannya dari rumah kita sendiri. Kebersihan bilik dan rumah haruslah dijaga dengan baik , begitu juga penggunaan barang-barang elektrik. Bermula dari rumah , kita akan menterjemahkannya di luar rumah.
- KITA haruslah bersikap bijak dengan menunjukkan sifat tanggungjawab dan kesedaran kita terhadap isu ini terhadap masyarakat.Tidak perlu HIPOKRIT. Ubah suasana dan keadaan diri kita,itu kata kunci.
- KITA haruslah menjadi ejen penyedar terhadap isu ini. Sebarkan dan maklumkan kepada keluarga, sahabat , kawan-kawan , jiran tetangga , rakan YM , rakan blogger , dan sesiapa sahaja yang anda kenal. Anda dapat pahala , dunia berubah wajah.
- KITA haruslah menunjukkan kepada dunia bahawa ISLAM merupakan agama yang menuntut penganutnya agar mencintai alam sekitar dan peka terhadap isu ini.. (bukan sahaja ISLAM tetapi juga agama-agama lain yang dianuti di Malaysia)
JAYAKAN MISI INI BERSAMA-SAMA
akubudaknursing say : Jom!!!Marilah kita sama-sama seluruh mahasiswa Malaysia menyahut seruan di dalam kempen Earth Hour yang dilaksanakan oleh WWF ini.Sokongan kalian akan membantu generasi masa hadapan untuk melihat wajah dunia yang ceria dan segar!!! Ayuh semua !!!! Kita mulakan dengan diri KITA….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan