CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 26 Februari 2011

Mujhse Dosti Karoge . . buat aku menangis lagi !


petang sabtu begini . . 
aku layan cite hindustan kat TV3 . . 
ni adalah cite hindustan yang aku paling suka . . 
walaupun dah tengok berpuluh-puluh kali . . 
tapi masih membuat aku mengalirkan airmata . . 
syahdunya . . 

Bagi mereka yang tak tau cite ni . . 
"Mujhse Dosti Karoge" mengisahkan tentang percintaan 3 segi . . 
antara Raj (Hrithik Roshan), Pooja (Rani Mukherjee) dan Tina (Kareena Kapoor) . . 



Cite ni mengisahkan Raj, Pooja dan Tina yang berkawan semenjak kecil lagi . . 
namun Raj terpaksa mengikuti keluarganya yang berhijrah ke London . . 
Raj sentiasa berhubung dengan Tina melalui e-mail . . 
mereka berdua saling berkongsi cite masing2 . . 
namun Raj tidak tahu bahawa Tina yang di dalam e-mail tu adalah Pooja . . 

Raj | ' di dalam hati aku telah terpahat wajah mu '

sekembali nya ke Shimla . . 
Raj terus jatuh cinta kepada Tina . . 
kerana kecantikkannya . . 
walaupun dia perasan bahawa Tina yang dikenalinya itu 
tidak mempunyai persamaan dengan Tina yang dikenalinya melalui e-mail . .
Pooja yang patah hati . . 
demi menjaga persahabatannya dengan Tina . . 
dia sanggup korbankan cintanya pada Raj . . 
apabila Raj dapat tahu bahawa Pooja lah yang selama ini beremail dengannya . . 
dia ingin memutuskan perhubungan dengan Tina . . 
dan mencintai Pooja insan yang selayaknya dia cintai . . 
kat sinilah berlaku nya konflik . . 

Best sangat2 cite ni . . 
bagaimana Pooja dan Raj berkorban cinta demi sahabat mereka Tina . . 

Raj | " cinta tidak perlu dilafaz, andai dipendam di dalam hati ia tetap cinta . 
cinta tidak perlu ditunjuk, andai kita senyap dia tetap akan tahu cinta kita . 
cinta tidak perlu memiliki kerana pengorbanan buat yang tersayang adalah cinta " |

Lagu2 dalam cite ni pun best . . 
antara faberet aku adalah . . 
'Jaane Dil Mein'
syahdunya . . 





Bagi yang lum tengok citenye . . 
leyh layan kat YouTube . . 
atau layan online . . 
memang best gile . . 



1 ulasan:

  1. touching n sweet gilerr r cerits nie .. mere dil mein kya haiii .. tum mere .. hAHAHA

    BalasPadam