Pilihanraya Kampus (PRK) untuk USM Kampus Kesihatan sidang ini
sememangnya aku tak ambil pusing atau ambil port . .
bukan disebabkan aku ni tak mengambil berat kebajikan mahasiswa . .
tetapi tarikh2 penamaan calon, rapat umum, perang poster dan banyak lah lagi . .
aku sibuk dengan persiapan PADU 2011 . .
Hari penamaan calon 17 Februari 2010 . .
aku dan kawan-kawan yang lain dah berangkat ke Kampus Kejuruteraan . .
so tak dapat lah nak tengok kemeriahan perang poster . .
kebingitan calon2 "berkompang" menyampaikan manifesto masing2 . .
He he he . .
tapi itu tak bermakna aku ni ibarat katak di bawah tempurung ok ! ! !
walaupun jauh dari Kampus Kesihatan . .
Facebook kan ada . .
ha ha ha . .
cuma yang menghairankan lah kenapa kat Kampus Kesihatan . .
pihak PPKT nak blocked Facebook sepanjang proses berkempen ?
Tersenarai ke di dalam peraturan pilihanraya tak dibenarkan berlaman sosial sepanjang proses berkempen ?
unfair tau bagi yang tak mencalonkan nama . .
terpaksa menerima tempiasnya juga . .
Rapat umum . .
tarikh nya bile pun aku tak tau . .
ye lah time kat Kampus Kejuruteraan suasananya lain sket . .
aman dan damai je . .
no politik okay . .
So aku tak berkesempatan lah nak mendengar
janji2 manis dan juga manifesto calon2 PRK kali ni . .
tapi sempat lah membaca kat status2 kekawan dalam Facebook . .
nak tergelak pun ada gak . .
ye lah bila ada calon di dalam manifestonya nak pastikan setiap DK berkerusi empuk . .
pastu ada calon nak pasang pagar kawad berduri bagi mengelak kecurian di desasiswa . .
aiyo . . ini bukan pilihanraya tadika lah . .
tak kan lah mahasiswa APEX masih mentaliti kelas ketiga kot ?
Sepanjang proses berkempen . .
aku memang tertarik gile lah dengan status2 pengundi kampus kesihatan . .
kelakar membaca perlian mereka dalam Facebook. .
ada yang betul dan ada gak kemungkinan salah . .
antara yang menjadi pebret aku adalah . .
kembali kepada cite PRK ni . .
walaupun aku tak ada masa kempen . .
tapi aku tetap turun mengundi . .
melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa . .
hari pengundian pada 21 Februari 2011
dari Kampus Kejuruteraan, kami terus dibawa ke Pusat Mahasiswa . .
tak yah lah aku nak bagitau aku undi siapa . .
UNDI ADALAH SULIT !
Akhirnya apabila keputusan rasmi diumumkan . .
1 Kerusi Umum
dan
4 Kerusi Konstituensi . .
dimenangi oleh ProMahasiswa . .
termasuklah roomate aku yang bertanding di bawah Konstituensi PPSK . .
kecuali Konstituensi PPSG di mana tiada calon yang menawarkan diri bertanding . .
tak ada masa kot bakal2 doktor gigi ni ?
he he he . .
ni lah barisan MPP Kampus Kesihatan yang baru . .
tahniah buat mereka sume . .
di harapkan amanah yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin . .
bukannya aktiviti menjadi ukuran . .
tetapi sejauh mana mereka mampu Menjaga Kebajikan Mahasiswa USM
dan Memelihara Perpaduan Kaum di Kalangan Mahasiswa USM
Kepada yang masih tidak puas hati . .
henti2 kan lah untuk "mencarut" . .
beri kan masa kepada kepimpinan baru ini . .
menonjolkan kepimpinan masing2 . .
Note: MPP adalah wakil suara mahasiswa bukan boneka parti politik . . ingat tu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan