CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 2 Januari 2012

Majlis Penghuni Desasiswa Nurani (MPDN) Sidang Akademik 2011/2012


Entry kedua untuk tahun 2012 ini, aq nak berceritalah tentang MPDN atau Majlis Penghuni Desasiswa Nurani. Bagi sidang ini, terdapat penjenamaan semula yang besar di dalam jawatankuasa MPDN dimana untuk jawatan tertinggi hanya 4 jawatan sahaja yang ditawarkan. Exco telah ditukarkan kepada nama Jabatan, manakala terdapat 2 jabatan baru yang diperkenalkan iaitu Jabatan Keusahawanan dan Pengantarabangsaan serta Jabatan Blok Kediaman. 

Yang Di-Pertua : Muhammad Riduan Bin Daud (Perubatan 2)
Naib Yang-Dipertua : Freddy Bugang (Diploma Kejururawatan 2) . . . aq lah tu . .  he he he
Setiausaha Agung : Khairiah Binti Mohd Mokhtar (Kes. Pekerjaan & Persekitaran 3)
Bendahari Kehormat : Law Soon Hee (Patologi Pertuturan 2)
Pengerusi : Mohamad Aizat Bin Taib (Perubatan 2)
Timbalan : Kugendran A/L V. Rajendran (Pergigian 2)
Penolong : Karimmah Binti Md. Wahit Hasim (Perubatan 1)
Penolong : Ng Lee Teng (Pemakanan 2)
Pengerusi : Puteri Salamah Binti Abdul Aziz (Sains Sukan 3)
Timbalan : Mok Chia Lit (Dietetik 2)
Penolong : Hafizah Binti Mohammad (Pergigian 2)
Penolong : Sarvinraaj A/L Sanmugam (Perubatan 1)
Penolong : Nik Najwa Ayesha Binti Nik Noor Azmi (Perubatan 1)
Pengerusi : Nurhafezah Binti Mohamed Noor (Kes. Pekerjaan & Persekitaran 2)
Timbalan : Zatin Iza Iryani Binti Zakir (Diploma Kejururawatan 2)
Penolong : Agnes Wong (Pemakanan 3)
Penolong : Mohd Hisyam Bin Rosdi (Perubatan 1)
Pengerusi : Wong Yee Yan (Sains Sukan 3)
Timbalan : Wan Muhammad Farhan Bin Wan Fauzi (Perubatan 2)
Penolong : Ng Poh Juan (Audiologi 2)
Penolong : Katrina Wong (Sains Sukan 1)

Penolong : Muhammad Reezal Bin Mohd Abadi (Perubatan 1)
Penolong : Muhammad Amir Ashraf Bin Mohamad Zabidi (Perubatan 1)
Pengerusi : Tan Chung Yung (Perubatan 2)
Timbalan : Azah Binti Che Mohd Amin (Perubatan 3)
Penolong : Jong Hui Ting (Audiologi 1)
Penolong : Mohd Affiq Iskandar Bin Che Zulkairnain (Pergigian 1)
Pengerusi : Nur Farah Hana Binti Jefrey (Kes. Pekerjaan & Persekitaran 3)
Timbalan : Rafidah Binti Bakri (Sains Sukan 3)
Penolong : Mohd Hafiz Afifi Bin Mohd Azmi (Audiologi 2)
Penolong : Noor Izzati Binti Fakharuzi (Perubatan 1)
Pengerusi : Ong Ee (Perubatan 3)
Timbalan : Farul R. Patel (Perubatan 4)
Penolong : Muhammad Nor Hasif Bin Ismail (Perubatan 1)
Penolong : Nur Asyikin Binti Ahmad Desa (Diploma Kejururawatan 2)
Penolong : Nadiana Binti Jalil (Perubatan 2)
Penolong : Addila Anak Day (Diploma Kejururawatan 2)

Pada tahun ini juga, aq berasa bangga sangat sebab logo MPDN hasil karya aq telah dipilih untuk menjadi logo korporat MPDN. He he he . .  















Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Datang Tahun 2012


Setelah sekian lama senyap dan berehat daripada menulis di laman blog ini, membuka tirai tahun 2012 ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca. Sekiranya sepanjang tahun 2011, ada pembaca yang tersinggung dengan penulisan saya, beribu kemaafan saya pohonkan. 


Ramai orang selalunya dalam minggu yang pertama ini akan keluar dari mulut mereka satu pertanyaan yang sering kita dengar, Apa azam baru pada tahun ini?'  Dan ramai yang akan menjawab dengan azam mereka masing. Bagaimana pula dengan anda? Adakah pada tahun ini anda semua benar-benar mempunyai keazaman yang baru? atau masih lagi tertunggak azam yang lama?
Bila menyebut soal azam, terlalu luas untuk kita kaitkan dengan perubahan yang patut kita lakukan? Bila kita menyebut azam baru 2012, sebenarnya dalam hati kecil kita sememangnya kita inginkan perubahan untuk 2012. 
Tidak susah untuk memasang azam baru. Tapi apa yang lebih penting ialah bagaimana mengatur langkah untuk melaksanakan setiap azam dan memastikan azam yang kita niatkan benar-benar dapat direalisasikan. Keazaman perlukan kesabaran. Keazaman juga perlukan pelan tindakan yang strategik untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan setiap tahun kita hanya mempunyai azam baru, tetapi belum pun sampai bulan yang ketiga azam hilang dan anda kembali seperti setahun sebelumnya. Jadikan di minggu pertama 2012 ini masih sempat untuk anda membuat pelan tindakan yang sesuai dengan apa yang anda ingin capai. 


Note: Kepada pelajar-pelajar Ijazah Pertama Universiti Sains Malaysia (USM), diucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sidang Akademik 2011/2012. Terutamanya pelajar-pelajar Pusat Pengajian Sains Kesihatan yang bermula hari ini. Semoga Tercapai Segala Yang Diimpikan. INGAT PESAN AYAH, INGAT PESAN IBU.