CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 26 Januari 2011

Kenangan Lama


"Kerana Tuhan Untuk Manusia"

Petang-petang gini wat aku teringat kenangan lama time study kat UTM Skudai. He he he . . mesti ramai yg tak tau USM ni bukan Universiti pertama yg aku jejaki. Dan ramai gak yg tau kot sebelum ni aku pernah bergelar student UTM . . Rindu wey masa kat UTM dulu . . Dunia kampus yg sememangnya kampus, then sibuk dgn study nye, aktiviti berpersatuannya . . mmg best gile masa tu . . 

Lepas SPM aku sebenanrnya memohon utk membuat kursus pendidikan dan perundangan sebenarnya. Namun dah rezeki aku dapat UTM ambil Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia dengan Kepujian. Ditempatkan pula di selatan tanahair. Pada mulanya mmg aku tak berkenan masuk ke UTM tapi aku tetap gagahkan juga. He he he . . Teringat lagi 1st time menjejakkan kaki di pintu gerbang UTM . . dlm hati ku masa tu . . 'Wahhhh . . hebatnya!' . . yelah mana tak nya, pintu gerbang UTM adalah yg tercantik ok kat Malaysia. Ada ke Universiti lain yg mampu mengalahkan pintu gerbang UTM? Jawab . .  jawab . .

Kan aku dah kata cantik banget!

Ke'diva'an pintu gerbang di waktu malam . . 


Kat entri aku ni, aku nak selit sikit pic2 masa aku kat UTM . . He he he . . 

Ni time Minggu Haluan Siswa (MHS) kat depan fakulti

1st time dilantik menjadi Pengarah Program . . masa ni aku adalah pengarah program termuda dalam sejarah UTM . . budak 1st year berjaya diberi mandat . .

Ketika menjadi Fasilitator Kem Pendidikan kat Muar . . 

Tengah bagi ceramah kat bebudak . . tp stil sempat posing . . ha ha ha

Lawatan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) ke Perak

Program Khidmat Masyarakat di Hilir Perak

Masa Perasmian Program Khidmat Masyarakat

Ni rasanya time post mortem program still lagi kat Perak


Chumel tak aku time study dulu ? ha ha ha . . Banyak kenangan aku sebenarnya kat UTM ni . .  apa yg aku bangga dengan UTM ialah seni bina nya . . bagi aku UTM terbaik di antara semua Universiti di Malaysia . .


Ni lah Fakulti aku . . Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (FPPSM)

Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) tempat aku selalu lepak . .

Masjid Sultan Ismail (MSI) a.k.a Pusat Pengajian Islam . . kat dewan dia tempat student ambil final exam


Dewan utama UTM . . Dewan Sultan Iskandar . . tempat student ambil final exam, aktiviti kampus dan pusat konvokesyen . .

Tasik UTM . . tumpuan utama warga UTM

Balai Cerap . . puncak tertinggi UTM . . disini lah aku release tension . . boleh lihat seluruh bandaraya JB dari sini . .

Dan aku tak leh lupa sampai hari ini ialah kolej kediaman tempat aku bergembira, sedih, jatuh dan bangun . . Disini juga aku diberi kepercayaan dan amanah oleh Pengetua Kolej untuk menjadi Ketua Biro Kesenian dan Kebudayaan JKM kolej . . disini lah tokoh kepimpinan aku dicungkil . . terima kasih KSDS

Logo lama KSDS


Logo baru KSDS (sama tak dengan logo Desasiswa Cahaya Gemilang USM?)

Logo Desasiswa Cahaya Gemilang USM . . ada persamaan?

Note: Di IPT lah kita belajar untuk menjadi bakal pemimpin masa handapan
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan