CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 25 Januari 2011

Tahun Baru Cina 2011 - Tahun Arnab


Tahun 2011 ni adalah merupakan tahun Arnab mengikut kepercayaan kalendar bangsa TiongHua di seluruh dunia. Arnab () ialah bintang haiwan yang keempat dalam kitaran 12 haiwan zodiak cina. Tahun ini di katakan sebagai Tahun Arnab Logam. He he he . . jgn tanya aku kenapa di panggil logam . . aku pun tak tau! 

Mereka yang bernaung di bawah zodiak Arnab di katakan individu yang Peka, Bijaksana, Tingkahlaku yang baik, Sopan, Diplomatik dan Berjiwa seni. Namun mereka ni jugaTidak tegas, suka berahsia, mudah tersinggung, kompleks, suka menyendiri, suka mengumpat, hipokondria, naif, pengecut, mudah terpedaya . . . ha ha ha . . Tak semestinya arnab ni ada kebaikan je kan?

Menurut sifu Feng Sui, tahun ni sempena Tahun Baru Cina 2011, warna yang mendatangkan 'ong' adalah warna HIJAU. Warna Hijau dikatakan sinonim melambangkan kemewahan dan sekiranya kaum Cina memakai pakaian berwarna hijau sempena Tahun Baru Cina ini, di katakan akan mendapat kemakmuran. Tak yah susah-susah gi McDonald makan Prosperity Burger . .  ha ha ha . . ye lah teringat iklan tu setiap kali Tahun Baru Cina. Adakah tahun ni kita akan tengok kawan-kawan TiongHua kita hanya memakai Cheongsam hijau, angpau warna hijau, rumah pun dihias warna hijau? Cam hari Raya Aidifitri lah pula kan? 


Untuk semua kawan-kawan yang berbangsa TiongHua dan juga kepada bloger-bloger berbangsa TiongHua, SELAMAT TAHUN BARU CINA 2011. Semoga tahun Arnab ini membawa kemakmuran dalam hidup dan juga kepada negara tercinta.


Note : Tahun Baru Cina teringat Limau mandarin dan kuih bakul . .









Tiada ulasan:

Catat Ulasan