CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Isnin, 31 Januari 2011

Mood Pink


He he he . . 
Dah 2 hari aku tak meng'update'kan blog aku ni . . 
bukan apa, just letih 2-3 hari ni.

Hari ni aku berkobar2 kemas bilik aku . . 
kemas meja study . .  katil . .  almari . . 
baju2 kotor aku basuh . . 
dah cam superman lak aku sepanjang hari ini.

Cam tajuk entri aku . .
baru aku perasan yang sem ni aku ber'mood'kan kaler Pink . .
Bukan kerana obses dengan pink tapi . . 
secara tidak sengaja barang2 aku banyak lak kaler pink!

Notebook, sikat, pensil box, perfume, beg notebook, jam loceng, botol air, nota kuliah, bedak silky girl, jam tangan, dompet syiling . .  semua kaler pink

Handphone nokia aku pun kaler pink . . 

Kemeja yang kalernya juga pink . . 

Ada 1 neck tie pink . .  he he he

Ada orang kata warna pink ni tak sesuai ngan lelaki . . 
(lagi2 mereka yang merasakan diri mereka gagah sebagai lelaki sejati)
pink ni warna yang lembut . . 
at the end lelaki tu akan nampak cam bapok !
dan hilanglah ke'macho'an mereka . . 
Ada gak bapok tak pakai warna pink . . 
siap pakai warna hijau kodok . . 
biru laut . . 
kuning telor . .
merah hati . . 
cokelat taik . . 
kelabu asap . . 
hitam kopi . . 
ha ha ha . . 
cam lawak je aku gelar kaler2 tu sume . . 
abis tu kenapa lak korang tak cakap lelaki yang pakai warna2 diatas itu bapok ?


Kalau warna merah melambangkan cinta . . 
begitu juga kaler pink . .
pink melambangkan romantik dan mempersonakan . .
so golongan lelaki perlu lah tau . . 
ramai wanita di luar sana suka melihat lelaki dengan kaler pink . . 
sebab kaler pink sesuai dengan semua tona kulit . .

Lagi 1 . . 
lelaki yang menggunakan kaler pink . . 
dianggap sebagai lelaki yang berani dan berkeyakinan . . 
kerana mereka mempunyai kekuatan untuk menepis segala mitos yang mengatakan kaler pink melambangkan feminiti dan hanya untuk wanita sahaja . . 


Korang2 kat luar sana confirm tak tau punya . . 
Kaler pink ni juga adalah warna untuk 
BREAST CANCER AWARENESS CAMPAIGN
meh le kita ramai2 pakai kaler pink untuk support kempen ni . . 
kan mulia tu ?

Bagi korang yang tak leh nak tidur . . 
ayat scientific nye insomnia . . 
korang boleh cat bilik korang kaler pink . . 
confirm lelap . . 
tapi jangan sampai terlajak subuh lak ?
ha ha ha . . 

Bagi aku lah tak salah lelaki ni gemar kaler pink . . 
lagipun tak ada undang2 di dunia ni menetapkan kaler pink hanya untuk perempuan . . 
tak ada agama pun di dunia ni melarang lelaki memakai kaler pink . .
kalau lah aku ni ada duit berjuta2 lemon . .
aku akan pastikan aku beli semua barang2 aku kaler pink je . . 
tak lupa juga membeli lemon2 itu . . 
ha ha ha . . 
lemon tu sejenis buah ok . . 
bukan sailormoon . . 
hu hu hu . . 

okelah, tu je entri untuk arini . .
 nak gi jogging!
ha ha ha . . 
pagi2 buta nak gi jogging ape ke jadahlah kan ?
* jogging atas katil jer. .
bye! 















1 ulasan:

  1. Situs Judi Slot Online Terbaik dan Judi Online Terpercaya 2021
    judi online terpercaya authentic air jordan 18 retro men 2021/2020. jordan 18 white royal blue clearance Dengan Pelayanan Customer air jordan 18 retro yellow suede good site Service best air jordan 18 retro Judi Online24jam dan Game Slot Gacor terbaru dan Terbaru di replica air jordan 18 retro varsity red Indonesia.

    BalasPadam