CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Februari 2011

Mujhse Dosti Karoge . . buat aku menangis lagi !


petang sabtu begini . . 
aku layan cite hindustan kat TV3 . . 
ni adalah cite hindustan yang aku paling suka . . 
walaupun dah tengok berpuluh-puluh kali . . 
tapi masih membuat aku mengalirkan airmata . . 
syahdunya . . 

Bagi mereka yang tak tau cite ni . . 
"Mujhse Dosti Karoge" mengisahkan tentang percintaan 3 segi . . 
antara Raj (Hrithik Roshan), Pooja (Rani Mukherjee) dan Tina (Kareena Kapoor) . . 



Cite ni mengisahkan Raj, Pooja dan Tina yang berkawan semenjak kecil lagi . . 
namun Raj terpaksa mengikuti keluarganya yang berhijrah ke London . . 
Raj sentiasa berhubung dengan Tina melalui e-mail . . 
mereka berdua saling berkongsi cite masing2 . . 
namun Raj tidak tahu bahawa Tina yang di dalam e-mail tu adalah Pooja . . 

Raj | ' di dalam hati aku telah terpahat wajah mu '

sekembali nya ke Shimla . . 
Raj terus jatuh cinta kepada Tina . . 
kerana kecantikkannya . . 
walaupun dia perasan bahawa Tina yang dikenalinya itu 
tidak mempunyai persamaan dengan Tina yang dikenalinya melalui e-mail . .
Pooja yang patah hati . . 
demi menjaga persahabatannya dengan Tina . . 
dia sanggup korbankan cintanya pada Raj . . 
apabila Raj dapat tahu bahawa Pooja lah yang selama ini beremail dengannya . . 
dia ingin memutuskan perhubungan dengan Tina . . 
dan mencintai Pooja insan yang selayaknya dia cintai . . 
kat sinilah berlaku nya konflik . . 

Best sangat2 cite ni . . 
bagaimana Pooja dan Raj berkorban cinta demi sahabat mereka Tina . . 

Raj | " cinta tidak perlu dilafaz, andai dipendam di dalam hati ia tetap cinta . 
cinta tidak perlu ditunjuk, andai kita senyap dia tetap akan tahu cinta kita . 
cinta tidak perlu memiliki kerana pengorbanan buat yang tersayang adalah cinta " |

Lagu2 dalam cite ni pun best . . 
antara faberet aku adalah . . 
'Jaane Dil Mein'
syahdunya . . 





Bagi yang lum tengok citenye . . 
leyh layan kat YouTube . . 
atau layan online . . 
memang best gile . . 



Selasa, 1 Februari 2011

3 Idiots . . Memang Best ! !

Hyppe ! ! !
aku dah lama tak tengok cite Hindustan . . 
pasal hero dan heroin banyak yang baru2 . .
aku tak kenal . . 
dorang pon tak kenal aku . . 
ha ha ha . . 

Disebabkan aku begitu bosan malam ni . . 
aku gagah kan juga untuk tengok cite Hindustan . . 
kawan2 duk promote cite '3 Idiots' kat aku . . 
so aku pun try lah nak menghayati cite ni . . 
ye lah tajuk dia pun entah apa2 . . 
confirm tak best punya . . 


Sangkaan aku memang meleset . .
sepanjang cite ni . . 
aku menangis sampai bengkak mata . . 
hingus lak tak yah nak kata lah . . 
ha ha ha . . 
malu nya . . 
cepat tangkap leleh aku dibuatnya . . 


3 Idiots bukan cite typical Hindustan . .
tak banyak lagu . . 
tak ada part menari2 . . 
tak ada adegan terguling2 dari atas gunung . . 

Cite ni lain dari hindustan yang korang layan tu . .
selalunya cite hindustan mesti pasal cintan2 kan ?
tapi cite ni lebih pada persahabatan . .
cite pasal budak kampus . .
cite pasal kisah hidup seorang pelajar . .
BEST !

Paling aku suka . . 
lagu 'Give Me Some Sunshine' . . 
memang syiok sangat2 lagu tu . . 
Bait2 lagu tu yang aku suka . . 
"Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again"
pergh . . 
memang memberikan motivasi . . 
he he he . . 

Yang penting . . 
aku siap download cite tu . .
sekali tengok tak puas . . 
berkali2 baru lah syiok . .

Note: Teringat best friend masa kat UTM . . Raz dan Sham . . sehinggakan pensyarah gelar kami '3 Dara Pingitan' ha ha ha . .  kemana2 bersama . . semoga persahabatan kami akan kekal selamanya . . 










Rabu, 12 Januari 2011

Lagenda Budak Setan

Aku percaya ramai daripada korang sume pernah tengok or layan cite LAGENDA BUDAK SETAN, tak kirelah samada kat wayang, or DVD. Macam aku, memang sampai hari ini aku lum kesempatan menonton cite ni. Namun aku dah khatam jalan citenya coz aku mula kenal LAGENDA BUDAK SETAN ketika umur aku 13 tahun lagi. Semestinya korang dah tau yang cite ni adalah adaptasi dari novel LAGENDA BUDAK SETAN hasil penulisan novelis terkemuka AHADIAT AKASHAH. Bagi diri aku yang masih suci time tu, novel ini sememangnya karya agung yang mampu bermain dengan emosi aku. 


Koleksi-koleksi novel Lagenda Budak Setan 1, 2 dan 3 then Kompilasi yang masih aku simpan

SIPNOSIS LAGENDA BUDAK SETAN
Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . Cinta  adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?


BILA CINTA (OST LAGENDA BUDAK SETAN)
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Persoalan Cinta:
  1. Apakah erti cinta, jika cinta itu dipermainkan?
  2. Apakah erti cinta jika cinta itu tidak berbalas?
  3. Apakah erti cinta jika si dia sudah tiada?
  4. Apakah erti cinta jika si dia cintanya hanya pada duit anda?
Aku nak korang pikir-pikirkan, kemudian jawab boleh kan?