CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 26 Februari 2011

Mujhse Dosti Karoge . . buat aku menangis lagi !


petang sabtu begini . . 
aku layan cite hindustan kat TV3 . . 
ni adalah cite hindustan yang aku paling suka . . 
walaupun dah tengok berpuluh-puluh kali . . 
tapi masih membuat aku mengalirkan airmata . . 
syahdunya . . 

Bagi mereka yang tak tau cite ni . . 
"Mujhse Dosti Karoge" mengisahkan tentang percintaan 3 segi . . 
antara Raj (Hrithik Roshan), Pooja (Rani Mukherjee) dan Tina (Kareena Kapoor) . . 



Cite ni mengisahkan Raj, Pooja dan Tina yang berkawan semenjak kecil lagi . . 
namun Raj terpaksa mengikuti keluarganya yang berhijrah ke London . . 
Raj sentiasa berhubung dengan Tina melalui e-mail . . 
mereka berdua saling berkongsi cite masing2 . . 
namun Raj tidak tahu bahawa Tina yang di dalam e-mail tu adalah Pooja . . 

Raj | ' di dalam hati aku telah terpahat wajah mu '

sekembali nya ke Shimla . . 
Raj terus jatuh cinta kepada Tina . . 
kerana kecantikkannya . . 
walaupun dia perasan bahawa Tina yang dikenalinya itu 
tidak mempunyai persamaan dengan Tina yang dikenalinya melalui e-mail . .
Pooja yang patah hati . . 
demi menjaga persahabatannya dengan Tina . . 
dia sanggup korbankan cintanya pada Raj . . 
apabila Raj dapat tahu bahawa Pooja lah yang selama ini beremail dengannya . . 
dia ingin memutuskan perhubungan dengan Tina . . 
dan mencintai Pooja insan yang selayaknya dia cintai . . 
kat sinilah berlaku nya konflik . . 

Best sangat2 cite ni . . 
bagaimana Pooja dan Raj berkorban cinta demi sahabat mereka Tina . . 

Raj | " cinta tidak perlu dilafaz, andai dipendam di dalam hati ia tetap cinta . 
cinta tidak perlu ditunjuk, andai kita senyap dia tetap akan tahu cinta kita . 
cinta tidak perlu memiliki kerana pengorbanan buat yang tersayang adalah cinta " |

Lagu2 dalam cite ni pun best . . 
antara faberet aku adalah . . 
'Jaane Dil Mein'
syahdunya . . 





Bagi yang lum tengok citenye . . 
leyh layan kat YouTube . . 
atau layan online . . 
memang best gile . . 



Jumaat, 25 Februari 2011

Keputusan Rasmi PADU 2011

Pesta Pantun Antara Desasiswa 
Universiti Sains Malaysia
(PADU 2011)
Desasiswa Lembaran | 18 Februari - 20 Februari 2011


JOHAN
Desasiswa Restu

NAIB JOHAN
Desasiswa Tekun

TEMPAT KETIGA
Desasiswa Nurani

TEMPAT KEEMPAT
Desasiswa Saujana

PEMANTUN TERBAIK PERINGKAT AKHIR
Saudari Noriah Bt. Md. Dait
(Desasiswa Restu)

PEMANTUN TERBAIK KESELURUHAN
Saudara Hariz Radzi (Kiri)
(Desasiswa Fajar Harapan)

Note: Tahniah diucapkan buat semua pemenang, bagi yang kalah memang lumrah pertandingan. Tahun depan jumpa di PADU 2012, kemungkinan tuan rumah adalah Kampus Kesihatan.







Malam Citra Nurani 2011


PRK dah lepas . . 
PADU pun dah berjaya mencipta sejarah . . 
sekarang ni aku sibuk dengan MALAM CITRA NURANI pula . . 

he he he . . 
gigih juga aku ni kan ?
dah satu, satu lagi program aku join . . 

Okay . .  
Malam Citra Nurani ni leh lah dikira sebagai last event MPDN . . 
sebelum tirai kepimpinan di labuh bagi sidang ini . . 
tujuannya adalah satu . . 
mengembalikan perpaduan kaum diantara mahasiswa . . 
khususnya penghuni Desasiswa Nurani yang tercinta . . 


Program ini dikelolakan oleh
Exco Kesenian dan Kebudayaan MPDN sidang 2010/2011 . . 
pelbagai atucara telah dirancangkan sepanjang malam tersebut . . 
ada tarian kebudayaan . . 
persembahan wajadiri . . 
nyanyian . . 
dan yang paling penting adalah
Pelancaran Lagu Desasiswa Nurani . . 

Tiket malam tu juga adalah tiket yang paling murah sekali . . 
berbanding mana2 event kat Kampus Kesihatan ni . . 
apa lagi bertarikh 5 March 2011
bertempat di Dewan Nurani . . 
datanglah beramai2 memeriahkan majlis . . 
siap ada jamuan 3 kaum utama di Malaysia lagi . . 

Khamis, 24 Februari 2011

Kisah Hamba Di Sanggar Pantun PADU 2011

Tanggal 18 Februari 2011 sehingga 20 Februari 2011yang lepas . . 
Desasiswa Nurani telah menghantarkan wakil ke . . 
Pesta Pantun antara Desasiswa USM 
(PADU 2011)
bertempat di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, Pulau Pinang . . 
Tuan rumah tahun ni adalah Desasiswa Lembaran

Pemantun2 Nurani kali ini adalah barisan muka baru . . 
yang diwakili oleh budak2 tahun 1 . . 
Pemantun Nurani terdiri daripada aku, Ben, Zatin, Syikin dan Irfan . . 


Kalau korang nak tau,
sebelum ke PADU . . 
begitu banyak halangan dan cobaan kami tempuhi . .

1. Pemantun senior tarik diri dengan alasan bahawa tak ada elaun diberikan terlebih dahulu . . 
2. Kami semua tak ada pengalaman dalam PADU memandangkan format pantun USM adalah secara spontan . . kami ni semua bekas2 pemantun Sekolah je . .  hu hu hu
3. Percaya atau tidak, kami hanya berlatih 5 jam sebelum berangkat ke Kampus Kejuruteraan . . tu lah latihan pertama dan terakhir kami . . 
4. Kami tak ada pakaian untuk PADU . .  guna baju sendiri . .  asalkan sama warna! sedeyh tak wei ?
5. Paling best, barisan pemantun lengkap dipilih sehari sebelum pertandingan . .


Namun disebabkan semangat SAYANGKAN DESASISWA NURANI . . 
kami gagahkan diri juga ke PADU . . 
dan akhirnya keikhlasan kami mewakili Nurani
dibalas dengan terciptanya 1 rekod baru dalam penyertaan PADU kali ini . . 

Kami berjaya mendapat tempat KETIGA!

Walaupun bukan juara . . 
tapi sudah pasti Penggawa, Penolong Penggawa dan seluruh warga Desasiswa Nurani 
akan tersenyum riang,
 sepanjang penyertaan pemantun2 senior Nurani ke PADU . . 
mereka tak pernah berjaya ke peringkat Suku Akhir . . 
apatah lagi untuk memenangi peringkat Liga !
(jahatnya aku . .  ha ha ha )

Paling membanggakan aku adalah kehadiran kami kali ini sememangnya membawa cabaran kepada Desasiswa-desasiswa yang lain, dan mereka akui akan kehebatan Nurani!

Pemantun PADU 2011 Desasiswa Nurani ; Aku, Zatin, Syikin, Ben dan Irfan

Liga 1 : Desasiswa Nurani Lwn. Desasiswa Indah Kembara

Liga 2 : Desasiswa Nurani Lwn. Desasiswa Lembaran

Liga 3 : Desasiswa Fajar Harapan Lwn Desasiswa Nurani

Separuh Akhir : Desasiswa Nurani Lwn Desasiswa Tekun

Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat :
Desasiswa Nurani Lwn. Desasiswa Saujana



Gabungan warga Kampus Kesihatan : Pemantun Nurani dan Pemantun Murni


Kenangan bersama JUARA PADU 2011: Desasiswa Restu

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada 
1. Team aku Ben, Irfan, Zatin dan Syikin sebab korang tak pernah putus asa . .  
2. Riduan, Nina dan Darshini sebab korang menyokong kami sepanjang PADU 2011 . . sentiasa temankan kami berlatih sehingga awal pagi . . 
3. Cik Mira (Pen. Penggawa) dan Abang Joe sebab mereka sentiasa menemani kami dan memberikan kata2 semangat kepada kami untuk mengharumkan nama Desasiswa Nurani . . 
4. Tuan Haji Yussof (Penggawa Desasiswa Nurani) dan Puan Salwana (Pengurus Asrama Desasiswa Nurani) yang memberikan kami kepercayaan mewakili Nurani . . 
5. Rafidah (HICOM MPDN 2010/2011) yang tak henti2 memberi kata2 semangat (melalui SMS) . . 
6. Pemantun2 Desasiswa Murni yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami (dari separuh akhir hingga penentuan tempat ketiga) . . paling mengharukan mereka sanggup temankan kami berlatih sampai pukul 2.30 pagi . .
 terima kasih daun keladi . .
dan 
7. Seluruh pernghuni Desasiswa Nurani (yang menyokong kami secara langsung ataupun tidak . .  ye lah ada ke mereka kesah dengan kami ? ha ha ha )

Perjalanan kami di PADU 2011:
Liga 1 : Menang bertemu Desasiswa Indah kembara
Liga 2 : Menang bertemu Desasiswa Lembaran
Liga 3 : Kalah bertemu Desasiswa Fajar Harapan
Suku Akhir : Menang bertemu Desasiswa Bakti Permai
Separuh Akhir : Kalah bertemu Desasiswa Tekun
Penentuan tempat ketiga dan keempat : Menang bertemu Desasiswa Saujana

Keputusan PADU 2011:
Juara : DESASISWA RESTU
Naib Juara : DESASISWA TEKUN
Tempat Ketiga : DESASISWA NURANI
Tempat Keempat : DESASISWA SAUJANA


"Angin bertiup kincir berputar,
Air mengalir terus ke teluk;
Pemantun Nurani tidakkan gentar,
Walau dicabar seribu amuk.

Sayang jerami dimakan pepijat,
Padi di guni si padi huma;
Perginya kami membawa hajat,
Pulangnya kami membawa nama."



~NURANI DIHATIKU~

Note: Tahun depan kami akan membawa KEJUARAAN ke bumi Kampus Kesihatan!


















Faceblog?

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH

Edit

Selasa, 22 Februari 2011

PRK USM Kampus Kesihatan sidang 2010/2011


Pilihanraya Kampus (PRK) untuk USM Kampus Kesihatan sidang ini
sememangnya aku tak ambil pusing atau ambil port . . 
bukan disebabkan aku ni tak mengambil berat kebajikan mahasiswa . . 
tetapi tarikh2 penamaan calon, rapat umum, perang poster dan banyak lah lagi . . 
aku sibuk dengan persiapan PADU 2011 . . 

Hari penamaan calon 17 Februari 2010 . . 
aku dan kawan-kawan yang lain dah berangkat ke Kampus Kejuruteraan . . 
so tak dapat lah nak tengok kemeriahan perang poster . . 
kebingitan calon2 "berkompang" menyampaikan manifesto masing2 . . 

He he he . .  
tapi itu tak bermakna aku ni ibarat katak di bawah tempurung ok ! ! !
walaupun jauh dari Kampus Kesihatan . . 
Facebook kan ada . . 
ha ha ha . . 

cuma yang menghairankan lah kenapa kat Kampus Kesihatan . . 
pihak PPKT nak blocked Facebook sepanjang proses berkempen ?
Tersenarai ke di dalam peraturan pilihanraya tak dibenarkan berlaman sosial sepanjang proses berkempen ?
unfair tau bagi yang tak mencalonkan nama . . 
terpaksa menerima tempiasnya juga . . 

Rapat umum . . 
tarikh nya bile pun aku tak tau . .
ye lah time kat Kampus Kejuruteraan suasananya lain sket . . 
aman dan damai je . . 
no politik okay . . 
So aku tak berkesempatan lah nak mendengar
janji2 manis dan juga manifesto calon2 PRK kali ni . . 
tapi sempat lah membaca kat status2 kekawan dalam Facebook . . 
nak tergelak pun ada gak . . 
ye lah bila ada calon di dalam manifestonya nak pastikan setiap DK berkerusi empuk . .
pastu ada calon nak pasang pagar kawad berduri bagi mengelak kecurian di desasiswa . .

aiyo . .  ini bukan pilihanraya tadika lah . . 
tak kan lah mahasiswa APEX masih mentaliti kelas ketiga kot ?

Sepanjang proses berkempen . . 
aku memang tertarik gile lah dengan status2 pengundi kampus kesihatan . . 
kelakar membaca perlian mereka dalam Facebook. . 
ada yang betul dan ada gak kemungkinan salah . . 
antara yang menjadi pebret aku adalah . . 



kembali kepada cite PRK ni . . 
walaupun aku tak ada masa kempen . . 
tapi aku tetap turun mengundi . .
melaksanakan tanggungjawab sebagai mahasiswa . . 
hari pengundian pada 21 Februari 2011
dari Kampus Kejuruteraan, kami terus dibawa ke Pusat Mahasiswa  . . 
tak yah lah aku nak bagitau aku undi siapa . . 
UNDI ADALAH SULIT !

Akhirnya apabila keputusan rasmi diumumkan . . 
1 Kerusi Umum
dan
4 Kerusi Konstituensi . . 
dimenangi oleh ProMahasiswa . . 
termasuklah roomate aku yang bertanding di bawah Konstituensi PPSK . . 
kecuali Konstituensi PPSG di mana tiada calon yang menawarkan diri bertanding . . 
tak ada masa kot bakal2 doktor gigi ni ?
he he he . . 

ni lah barisan MPP Kampus Kesihatan yang baru . . 
tahniah buat mereka sume . . 
di harapkan amanah yang diberi akan dilaksanakan sebaik mungkin . . 
bukannya aktiviti menjadi ukuran . . 
tetapi sejauh mana mereka mampu Menjaga Kebajikan Mahasiswa USM
dan Memelihara Perpaduan Kaum di Kalangan Mahasiswa USM

Kepada yang masih tidak puas hati . . 
henti2 kan lah untuk "mencarut" . . 
beri kan masa kepada kepimpinan baru ini . . 
menonjolkan kepimpinan masing2 . . 

Note: MPP adalah wakil suara mahasiswa bukan boneka parti politik . .  ingat tu?











Selasa, 1 Februari 2011

Morning !


Hype ! !
Selamat pagi sume ! !
Gud Morning ! !
He he he . . 
arini aku pecah rekod bangun kul 8 pagi . . 
bukan kebiasaan aku bangun awal di masa cuti . . 

Ermmm . . 
plan arini nak wat revision DGN111 (Human Biology 1) . . 
ye lah memang pun time ni cuti . . 
tak kan buku2 aku pun cuti gak kot ?
ha ha ha . . 
nanti jadi stupo . . 
masalah tu . . 
lagipun aku nak prepare untuk Continuous Assessment . .
topic dibawah Cardiovascular system  . . 


breakfast dengan Nesvita . . 

Cardiovascular system . . hurmm . .


Ok lah . . 
nak gi mandi dulu . . 
buchuk dah bau badan ni . . 
he he he . . 
ada masa aku update lagi tau . . 
bubbye ! !

Note: Senyum seindah suria, yang membawa cahaya . .  senyumlah dari hati, duniamu berseri . . 








3 Idiots . . Memang Best ! !

Hyppe ! ! !
aku dah lama tak tengok cite Hindustan . . 
pasal hero dan heroin banyak yang baru2 . .
aku tak kenal . . 
dorang pon tak kenal aku . . 
ha ha ha . . 

Disebabkan aku begitu bosan malam ni . . 
aku gagah kan juga untuk tengok cite Hindustan . . 
kawan2 duk promote cite '3 Idiots' kat aku . . 
so aku pun try lah nak menghayati cite ni . . 
ye lah tajuk dia pun entah apa2 . . 
confirm tak best punya . . 


Sangkaan aku memang meleset . .
sepanjang cite ni . . 
aku menangis sampai bengkak mata . . 
hingus lak tak yah nak kata lah . . 
ha ha ha . . 
malu nya . . 
cepat tangkap leleh aku dibuatnya . . 


3 Idiots bukan cite typical Hindustan . .
tak banyak lagu . . 
tak ada part menari2 . . 
tak ada adegan terguling2 dari atas gunung . . 

Cite ni lain dari hindustan yang korang layan tu . .
selalunya cite hindustan mesti pasal cintan2 kan ?
tapi cite ni lebih pada persahabatan . .
cite pasal budak kampus . .
cite pasal kisah hidup seorang pelajar . .
BEST !

Paling aku suka . . 
lagu 'Give Me Some Sunshine' . . 
memang syiok sangat2 lagu tu . . 
Bait2 lagu tu yang aku suka . . 
"Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again"
pergh . . 
memang memberikan motivasi . . 
he he he . . 

Yang penting . . 
aku siap download cite tu . .
sekali tengok tak puas . . 
berkali2 baru lah syiok . .

Note: Teringat best friend masa kat UTM . . Raz dan Sham . . sehinggakan pensyarah gelar kami '3 Dara Pingitan' ha ha ha . .  kemana2 bersama . . semoga persahabatan kami akan kekal selamanya . .