CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label MPDN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MPDN. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mac 2011

Malam Penghargaan Pasukan DPNC dan PADU 2011


pada tanggal 17 Mac 2011
bertempat di Pakir Blok C, Rumah Antarabangsa . . 
telah berlangsung Majlis Makan Malam BBQ
sempena meraikan dan menghargai sumbangan
pasukan Debat Piala Naib Canselor Desasiswa Nurani dan
Pantun Antara Desasiswa USM 
diatas kejayaan masing-masing . . 

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR 2011
21-23 Januari 2011 | Kampus Kesihatan

Pasukan Desasiswa Nurani (B) : Saudari Wirdah, Saudara Aizat dan Saudara Irfan 
Pencapaian : 
1. Semi-finalis DPNC 2011
2. Ranking ke 3 dalam 14 buah desasiswa bertanding
3. Saudari Wirdah dinobatkan best debater liga DPNC 2011

Pasukan Desasiswa Nurani (A) : Aq, Saudara Afif  dan Saudari Hafizah
Pencapaian : ranking ke 12 daripada 14 desasiswa

PESTA PANTUN ANTARA DESASISWA USM 2011
16-20 Februari 2011 | Kampus Kejuruteraan

Pasukan Desasiswa Nurani : Saudari Syikin, Saudari Zatin, Saudara Bikin, Aq dan Saudara Irfan
Pencapaian : Tempat Ketiga

sejarah sememangnya tercipta bagi sidang akademik 2010/2011 . . 
dimana Desasiswa Nurani tidak pernah mendapat sebarang tempat dalam apa jua pertandingan
selain dari SUKAD dan TOT . . 
kali ini di pentas DPNC dan PADU . . 
Desasiswa Nurani menunjukkan kehebatan masing-masing . .

Tuan Hj Yussof Penggawa Desasiswa Nurani

Pasukan Pantun Nurani : Zatin, Syikin dan aq

Mawar berduri yang petah berdebat : Hafizah, Wirdah dan Echah

Cam kembar pula : Afif dan Bikin

Makan-makan : Aizat, aq dan Irfan

Menu malam tu . . best gile

malam tu memang mewah makanannya . .
ada salad, nasi goreng, bbq sotong, sosej, ayam, daging, jagung, sup mushroom, 
dan paling menjadi rebutan cupcake coklat . . 
hahaha . . 

aq dan kawan-kawan lain memang enjoy gile malam tu . . 
ye lah, usaha kami sekurang-kurangnya dihargai oleh penggawa
dan pengurusan desasiswa . . 

pesan Penggawa . . 
diharapkan pasukan tahun ni akan kekal . . 
dan pastikan kejuaraan menjadi milik Desasiswa Nurani sidang hadapan . . 
hehehe . . 
NURANI DI HATIKU












Malam Citra Nurani 2011 (The day)

Hehehe . .  lama gak kan aq tak update blog aq ni . . 
biasalah sekarang ni busy gile ngan pratikal . . 
dah 2 minggu lebih dah aq masuk ward . . 

occay . .  entri aq hari ni ialah pasal Malam Citra Nurani 2011 . .
program ni dikelolakan oleh MPD Nurani . .
program ini berkonsepkan Kebudayaan 1 Malaysia


dan telah berlangsung dengan jaya pada 5 Mac yang lalu . . 
tetamu jemputan malam tu adalah Penggawa Nurani dan Penggawa Murni 
termasuk Cik Mirawaty (Penolong penggawa Nurani)
oh ya FIY poster diatas tu aq yang wat occay . . 
poster pertama aq . .  so cuba cecite . .  chumel tak ?
hehehe . . 

Occay kalau uolz nak tau . . 
sepanjang persiapan program ni, 
sememangnya kami menempuhi banyak cabaran dan halangan . . 
antaranya :
1. tentangan hebat daripada MPP dan kumpulan-kumpulan pro-Islamic yang menggelar diri mereka Quranic Generation (QG), rasionalnya program kebudayaan ni sesuatu yang tidak molek kerana melibatkan siswa dan siswi . . katanya
2. kene sabotaj, tirai dewan dirosakkan oleh mereka-mereka ini dan pintu bilik sound system dewan lubang kuncinya kene blocked dengan chewing gum . . baru tau betapa hinanya mereka . .  eeewwww

Namun sebab aq dan team MPD Nurani sememangnya bersemangat kental, degil, benci MPP . . 
kami berjaya menepis setiap halangan ini . . 
dan hasilnya . .
kejayaan Malam Citra Nurani 2010 . . 
antara program yang termeriah . . 
makanannya mengalahkan program MKI dan CNY  
dan tiket paling murah dalam sejarah kampus kesihatan . . 
(sorry tapi itulah kenyataan yang terpaksa korang hadapi occay)

Dewan Nurani di malam tersebut

Persembahan pembukaan : Kumpulan Dikir Barat Desasiswa Nurani

Tarian Rampaian Melayu oleh Sukma Gemalai Sari, Exco Kesenian dan Kebudayaan MPDN 2010/2011
(FIY, aq yang reka tarian ni occay . . )

Tarian Cina : Tarian sapu tangan . .  memang cantik ar tarian ni

Tarian India : Folk tale dance . .  meriah

Makan time : ada kuey tiaw latna, lontong, nasi impit then tosai 

Makan time : nasi lemak . .  tapi sedih aq tak dapat makan coz cepat gile abis

Pakaian terbaik siswa : hehehe . .  roomate aq menang . .  Irfan

Pakaian terbaik siswi : ni coursemate aq lak menang . .  nadrah

Jawatankuasa Pelaksana bersama Exco MPDN 2010/2011 dan Pengawa Nurani serta Murni

Kenangan bersama Cik Mirawaty (penolong penggawa Nurani)

Sukma Gemalai Sari

Penari-penari lelaki Sukma Gemalai Sari

Pengacara Majlis malam tersebut, saudari Yoke Har yang fasih berbahasa Melayu

Pendek kata . . 
malam tu memang happening . . 
berjumpa lagi di sidang hadapan untuk 
Malam Citra Nurani 2012 . . 














Jumaat, 25 Februari 2011

Malam Citra Nurani 2011


PRK dah lepas . . 
PADU pun dah berjaya mencipta sejarah . . 
sekarang ni aku sibuk dengan MALAM CITRA NURANI pula . . 

he he he . . 
gigih juga aku ni kan ?
dah satu, satu lagi program aku join . . 

Okay . .  
Malam Citra Nurani ni leh lah dikira sebagai last event MPDN . . 
sebelum tirai kepimpinan di labuh bagi sidang ini . . 
tujuannya adalah satu . . 
mengembalikan perpaduan kaum diantara mahasiswa . . 
khususnya penghuni Desasiswa Nurani yang tercinta . . 


Program ini dikelolakan oleh
Exco Kesenian dan Kebudayaan MPDN sidang 2010/2011 . . 
pelbagai atucara telah dirancangkan sepanjang malam tersebut . . 
ada tarian kebudayaan . . 
persembahan wajadiri . . 
nyanyian . . 
dan yang paling penting adalah
Pelancaran Lagu Desasiswa Nurani . . 

Tiket malam tu juga adalah tiket yang paling murah sekali . . 
berbanding mana2 event kat Kampus Kesihatan ni . . 
apa lagi bertarikh 5 March 2011
bertempat di Dewan Nurani . . 
datanglah beramai2 memeriahkan majlis . . 
siap ada jamuan 3 kaum utama di Malaysia lagi . . 

Khamis, 24 Februari 2011

Kisah Hamba Di Sanggar Pantun PADU 2011

Tanggal 18 Februari 2011 sehingga 20 Februari 2011yang lepas . . 
Desasiswa Nurani telah menghantarkan wakil ke . . 
Pesta Pantun antara Desasiswa USM 
(PADU 2011)
bertempat di Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal, Pulau Pinang . . 
Tuan rumah tahun ni adalah Desasiswa Lembaran

Pemantun2 Nurani kali ini adalah barisan muka baru . . 
yang diwakili oleh budak2 tahun 1 . . 
Pemantun Nurani terdiri daripada aku, Ben, Zatin, Syikin dan Irfan . . 


Kalau korang nak tau,
sebelum ke PADU . . 
begitu banyak halangan dan cobaan kami tempuhi . .

1. Pemantun senior tarik diri dengan alasan bahawa tak ada elaun diberikan terlebih dahulu . . 
2. Kami semua tak ada pengalaman dalam PADU memandangkan format pantun USM adalah secara spontan . . kami ni semua bekas2 pemantun Sekolah je . .  hu hu hu
3. Percaya atau tidak, kami hanya berlatih 5 jam sebelum berangkat ke Kampus Kejuruteraan . . tu lah latihan pertama dan terakhir kami . . 
4. Kami tak ada pakaian untuk PADU . .  guna baju sendiri . .  asalkan sama warna! sedeyh tak wei ?
5. Paling best, barisan pemantun lengkap dipilih sehari sebelum pertandingan . .


Namun disebabkan semangat SAYANGKAN DESASISWA NURANI . . 
kami gagahkan diri juga ke PADU . . 
dan akhirnya keikhlasan kami mewakili Nurani
dibalas dengan terciptanya 1 rekod baru dalam penyertaan PADU kali ini . . 

Kami berjaya mendapat tempat KETIGA!

Walaupun bukan juara . . 
tapi sudah pasti Penggawa, Penolong Penggawa dan seluruh warga Desasiswa Nurani 
akan tersenyum riang,
 sepanjang penyertaan pemantun2 senior Nurani ke PADU . . 
mereka tak pernah berjaya ke peringkat Suku Akhir . . 
apatah lagi untuk memenangi peringkat Liga !
(jahatnya aku . .  ha ha ha )

Paling membanggakan aku adalah kehadiran kami kali ini sememangnya membawa cabaran kepada Desasiswa-desasiswa yang lain, dan mereka akui akan kehebatan Nurani!

Pemantun PADU 2011 Desasiswa Nurani ; Aku, Zatin, Syikin, Ben dan Irfan

Liga 1 : Desasiswa Nurani Lwn. Desasiswa Indah Kembara

Liga 2 : Desasiswa Nurani Lwn. Desasiswa Lembaran

Liga 3 : Desasiswa Fajar Harapan Lwn Desasiswa Nurani

Separuh Akhir : Desasiswa Nurani Lwn Desasiswa Tekun

Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat :
Desasiswa Nurani Lwn. Desasiswa Saujana



Gabungan warga Kampus Kesihatan : Pemantun Nurani dan Pemantun Murni


Kenangan bersama JUARA PADU 2011: Desasiswa Restu

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada 
1. Team aku Ben, Irfan, Zatin dan Syikin sebab korang tak pernah putus asa . .  
2. Riduan, Nina dan Darshini sebab korang menyokong kami sepanjang PADU 2011 . . sentiasa temankan kami berlatih sehingga awal pagi . . 
3. Cik Mira (Pen. Penggawa) dan Abang Joe sebab mereka sentiasa menemani kami dan memberikan kata2 semangat kepada kami untuk mengharumkan nama Desasiswa Nurani . . 
4. Tuan Haji Yussof (Penggawa Desasiswa Nurani) dan Puan Salwana (Pengurus Asrama Desasiswa Nurani) yang memberikan kami kepercayaan mewakili Nurani . . 
5. Rafidah (HICOM MPDN 2010/2011) yang tak henti2 memberi kata2 semangat (melalui SMS) . . 
6. Pemantun2 Desasiswa Murni yang banyak memberi tunjuk ajar dan semangat kepada kami (dari separuh akhir hingga penentuan tempat ketiga) . . paling mengharukan mereka sanggup temankan kami berlatih sampai pukul 2.30 pagi . .
 terima kasih daun keladi . .
dan 
7. Seluruh pernghuni Desasiswa Nurani (yang menyokong kami secara langsung ataupun tidak . .  ye lah ada ke mereka kesah dengan kami ? ha ha ha )

Perjalanan kami di PADU 2011:
Liga 1 : Menang bertemu Desasiswa Indah kembara
Liga 2 : Menang bertemu Desasiswa Lembaran
Liga 3 : Kalah bertemu Desasiswa Fajar Harapan
Suku Akhir : Menang bertemu Desasiswa Bakti Permai
Separuh Akhir : Kalah bertemu Desasiswa Tekun
Penentuan tempat ketiga dan keempat : Menang bertemu Desasiswa Saujana

Keputusan PADU 2011:
Juara : DESASISWA RESTU
Naib Juara : DESASISWA TEKUN
Tempat Ketiga : DESASISWA NURANI
Tempat Keempat : DESASISWA SAUJANA


"Angin bertiup kincir berputar,
Air mengalir terus ke teluk;
Pemantun Nurani tidakkan gentar,
Walau dicabar seribu amuk.

Sayang jerami dimakan pepijat,
Padi di guni si padi huma;
Perginya kami membawa hajat,
Pulangnya kami membawa nama."



~NURANI DIHATIKU~

Note: Tahun depan kami akan membawa KEJUARAAN ke bumi Kampus Kesihatan!


















Selasa, 25 Januari 2011

Majlis Penghuni Desasiswa Nurani (MPDN)






Beberapa bulan lagi akan tamatlah tugas aku sebagai Penolong Exco Kebudayaan dan Kesenian MPDN 2010/2011. Persoalannya apakah sumbangan yang telah aku lakukan untuk desasiswa? Adakah aku still berminat nak menjadi Exco semester depan? Selagi aku masih diperlukan, selagi itu lah aku akan mencuba nasib. Mana tau sem depan leh jadi HICOM MPDN ke? ha ha ha . . berangan sungguh . .

Note: Perjuangan belum berakhir

Ahad, 23 Januari 2011

Debat Piala Naib Canselor 2010/2011


Tu lah piala pusingan yg menjadi rebutan 14 pasukan dlm pertandingan debat ala parlimen USM. Tahun ni Debat Piala Naib Canselor (DPNC) berlangsung di USM Kampus Kesihatan bermula 21 Januari sehingga 23 Januari 2011, dan yg pasti tuan rumah mestilah desasiswa aku . . Desasiswa Nurani. Kali ni desasiswa aku menghantar 2 team, Nurani (A) dan Nurani (B). Aku adalah salah sorang drp speaker Nurani (A) dan memegang mandat sebagai Menteri Pertahanan (Speaker 3). 


Taklimat Pendebat-pendebat DPNC 2010/2011


Round 1 : Nurani A Vs Cahaya Gemilang



Round 5: Nurani A Vs Tekun

Hari pertama terdapat 3 pusingan perlawanan liga yg berlangsung di Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP). Round 1 team aku kalah dgn Cahaya Gemilang (pergh . .  speaker pertama mereka adalah debater USM), Round 2 team aku menang dgn Lembaran (Best speaker hak milik Timbalan Perdana Menteri kami) dan Round 3 sekali lagi kalah dengan PETAS (yg ni memang dah agak sbb semuanya senior debater USM). 

Hari kedua berlangsung di tempat yg sama, team aku sekali lagi bertemu dgn Lembaran dan yg pastinya menang mudah kepada mereka. Kali ni best speaker milik aku! he he he . . dan pusingan 5, team aku kalah dgn semi finalist 2009/2010 Tekun. 

So far, team aku Nurani (A) mendapat tangga ke 12, suatu percubaan yang agak memberangsangkan sbb sumenya adalah 1st timer dlm debat. Kami berjaya utk tidak mendapat tangga terakhir. Tp kami tetang bangga dgn team yg 1 lagi (Nurani B) sbb berjaya sampai ke semi final walaupun kalah dgn PETAS dalam pusingan tersebut. Dan yg membanggakan speaker ke 3 mereka berjaya dinobatkan speaker terbaik liga. 

Pasukan PETAS

Pasukan Nurani (B)


Wirdah daripada Nurani (B), pendebat terbaik liga DPNC 2010/2011

DPNC kali ini akan menjadi satu kenangan yg paling indah dalam idup aku. Dan seandainya tahun depan ditakdirkan diri ini tersenarai utk mewakili Nurani sekali lagi, sudah pasti jawapan nya adalah YA . .