CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan

Khamis, 27 Januari 2011

Lelaki Metroseksual dan Fashionista


Pernah dengar perkataan metroseksual dan fashionista ? Yang aku tahu, metroseksual ni merujuk kepada orang yang gemar menjaga penampilan diri termasuk penjagaan wajah . . Fashionista pula merujuk kepada orang yang gemar berfesyen dan sentiasa mengikut trend terkini. Kesimpulannya,kedua-dua term ini biasanya untuk perempuan atau kaum hawa . . Tapi, jika ia dirujuk kepada kaum Adam atau Lelaki, nampak pelik tak ?

Bagi aku,zaman sudah berubah,teknologi sudah moden . . Lelaki skarang ni pon ramai dah pandai jaga wajah . .betol tak ? Kalau nak banding dengan laki dulu, sekadar ada berus gigi sudah memadai.. Lelaki sekarang ini at least . . ada pencuci muka atau facial cleanser kan.. Lelaki sekarang dah pandai jaga imej mungkin disebabkan faktor kerja yg memerlukan mereka berhadapan dengan ramai orang, wajah amat penting . .


Samalah macam aku . . aku pon boleh dianggap metroseksual . Kira,1 set penjagaan wajah GARNIER FOR MEN® tu aku ada . . 

Perfume sememangnya 1 kemestian . . bagi aku, tak lengkap aku nak keluar gi kuliah atau jalan2 tanpa perfume . . paling favorite aku . . ADIDAS GAME SPIRIT®




Cakap pasal fesyen plak, lelaki sekarang ni pon dah pandai fesyen . . zaman dah maju kan . .  tak kan la nak selekeh je 24 jam ? Semua nak yang style, branded je kan . . baru selesa dipandang dan sang si pemakai pun merasa lebih yakin pada diri mereka.

Kadang2 orang fikir, golongan macam ni golongan lelaki lembut . . terpulanglah pada anda . . anda tahu siapa diri anda!



Note: Buat je apa yang kita suka asalkan tak berlanggar dengan syariat . . ok ! !



Salah ke kalau lelaki pakai baju warna PINK?

Salam semua. Meh kita sembang gebang sini. Bercerita tentang warna. Selalunya kalau kita tengok pempuan berbaju pink, mesti la anggap normal kan. Ramai pon pempuan memang suka sangat dengan warna pinki minki ni. Kira bajet sweet dan somel momel la kan. Tapi ada jugak pempuan yang tak suka pink. Aku pon tak tau la kenapa. Malas nak ambik port pasal tu. Itu bukan persoalannya, persoalan kita kali ni mengenai salah ke kalau lelaki keluar dengan berbaju pink?. . Ada masalah ke sebenarnya. Kenapa nak pandang serong.
Bukan apa, kadang-kadang disebabkan warna pink, ada orang akan pandang pelik dan tergelak kalau ada lelaki yang selambe keluar pakai baju warna pink. Apa masalahnye? Tak boleh ke? Kenapa mesti ada diskriminasi tentang warna ke atas lelaki. Kenapa korang yang kaum pempuan meletakkan warna pink tu sebagai warna sejati korang?. . Apa korang bayar ke warna pink tu untuk hanya kaum perempuan sejagat je. Kaum lelaki tak boleh pakai? . .  Suka hati la kan.
Cuba kalau kita fikir logik, pempuan tak ada masalah langsung pon nak pakai baju warna apa ke, sume boleh sental je ikot suka. Namun, kalau lelaki, warna pink mesti menjadi masalah. Mesti ada je yang cakap, “uisshh..ewww . . macam gay la”. Tak pon cakap, “geli nye . . nyah tuh pakai pink”. Dari situ, dah lekat dah, mana-mana lelaki yang berbaju pink, semuanya golongan gay tak pon bapok. Kan ke macam diskriminasi tu namenye. Bukan baju korang pon. Bukan korang beli pon baju tu. Biar laa, suka hati la kan.
So guys, apa pendapat korang??? . . Salah ke kalau lelaki sekali sekala nak keluar dengan berbaju warna pink??? . . cakap JUJUR, korang terima ke tak kalau lelaki keluar dengan berbaju pink??? . . Yang lelaki, kenapa korang takot dan cuak untuk keluar pakai baju warna pink??? . . KOMEN-KOMEN-KOMEN

Note: Aku peminat warna pink!