CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Omong kosong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Omong kosong. Papar semua catatan

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat Datang Tahun 2012


Setelah sekian lama senyap dan berehat daripada menulis di laman blog ini, membuka tirai tahun 2012 ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca. Sekiranya sepanjang tahun 2011, ada pembaca yang tersinggung dengan penulisan saya, beribu kemaafan saya pohonkan. 


Ramai orang selalunya dalam minggu yang pertama ini akan keluar dari mulut mereka satu pertanyaan yang sering kita dengar, “Apa azam baru pada tahun ini?'  Dan ramai yang akan menjawab dengan azam mereka masing. Bagaimana pula dengan anda? Adakah pada tahun ini anda semua benar-benar mempunyai keazaman yang baru? atau masih lagi tertunggak azam yang lama?
Bila menyebut soal azam, terlalu luas untuk kita kaitkan dengan perubahan yang patut kita lakukan? Bila kita menyebut azam baru 2012, sebenarnya dalam hati kecil kita sememangnya kita inginkan perubahan untuk 2012. 
Tidak susah untuk memasang azam baru. Tapi apa yang lebih penting ialah bagaimana mengatur langkah untuk melaksanakan setiap azam dan memastikan azam yang kita niatkan benar-benar dapat direalisasikan. Keazaman perlukan kesabaran. Keazaman juga perlukan pelan tindakan yang strategik untuk mencapai apa yang dihajati. Jangan setiap tahun kita hanya mempunyai azam baru, tetapi belum pun sampai bulan yang ketiga azam hilang dan anda kembali seperti setahun sebelumnya. Jadikan di minggu pertama 2012 ini masih sempat untuk anda membuat pelan tindakan yang sesuai dengan apa yang anda ingin capai. 


Note: Kepada pelajar-pelajar Ijazah Pertama Universiti Sains Malaysia (USM), diucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester 1 Sidang Akademik 2011/2012. Terutamanya pelajar-pelajar Pusat Pengajian Sains Kesihatan yang bermula hari ini. Semoga Tercapai Segala Yang Diimpikan. INGAT PESAN AYAH, INGAT PESAN IBU. 





Isnin, 28 Mac 2011

Kawan ANDA memang GAY!!!

Kak Melah (bukan nama sebenarnya).. merupakan sahabat baik aq.. Dia ni adalah minat sorang budak laki seoffice ngan dia, lagipun mamat ni cam memberi respon kat sahabat baik aq ni. So dipendekkan cite, Kak Melah minta pendapat aq, untuk menscanning budak laki ni takut-takut budak ni GAY, ye lah Kak Melah perasan mamat ni cam sesuatu je.. hahaha.. Aq pun mintalah Kak Melah senaraikan beberapa pasal perangai budak lelaki ni.. ye lah kalau dah kawan seoffice katanya.. biasanya akan bercerita all the aktiviti yang dilalui..

#banyak habiskan masa dengan kawan-kawan lelaki

kat sini adakalanya memang benar seorang lelaki str8 banyak habiskan masa dengan kawan lelaki yang lain.. sebab kalau berkepit dengan perempuan selalu sangat tak best lah!!! apa pun depend 'SIAPA' kawan-kawan lelakinya.. kalau sah-sah kekawan lelakinya sememangnya str8 normal.. maka biarkan jelah.. tetapi kalau kekawan lelaki dia lebih suka pakai bahasa adeq-adeq.. maka kenelah berhati-hati.. boleh bezakan aktiviti lelaki str8 dengan yang kurang str8.. 

(bagi kes kawan Kak Melah.. si kawan lelaki yang nak dikenali lebih banyak kekawan yang 'sesuatu' sangat.. malah suka menggunakan bahasa-bahasa makeup artis separuh jantina.. KENYATAAN PERTAMA SAH MENUNJUKAN DIA GAY)

#baca majalah lelaki

tak kiralah dia baca majalah apa.. Mingguan Wanita ke?.. Majalah Nona ke?.. atau Majalah Maskulin.. hatta majalah masakan atau resipi.. lantaklah!! kan sikap membaca tu sesuatu yang baik.. boleh menambah ilmu.. sekurang-kurangnya dia tidak membaca majalah lucah atau novel-novel lucah yang ada dipasaran..

(bagi kes kawan Kak Melah ni pula.. si lelaki ni memang suka membaca majalah Maskulin dan MenHealth.. tapi si dia ni suka tenung dan pandang badan lelaki yang separuh bogel.. malah kekadang tanpa segan silu mengkagumi susuk tubuh lelaki tersebut.. KEYATAAN KEDUA SAH MENUNJUKAN DIA GAY)


#usha dan melihat lelaki

sama juga denga perempuan.. kekadang suka melihat wanita lain yang mungkin kelihatan lebih cantik dan pandai bergaya.. kekadang memandang sambil berkata di dalam hati.. "kat mana wanita tersebut beli baju yang dipakai?".. dan macam-macam lagi soklan yang timbul di dalam hati.. so sama gak dengan kaum lelaki ni.. suka melihat lelaki lain punya ketrampilan.. tetapi tidak semua suka melihat lelaki.. kalau terlihat pun hanya sekali pandang saje.. 

(bagi kes kawan Kak Melah ni.. bukan setakat pandang.. malah siap boleh recall tentang jantan yang dilihat sekilas pandang tu.. bagaikan terpanah dengan cinta pandang pertama.. katanya.. BAGI AQ.. KENYATAAN KETIGA SAH MENUNUJUKAN DIA GAY)

Jadi untuk Kak Melah.. tak payah nak susah-susah.. banyak lagi lelaki lain!! biarlah si dia dengan dunianya.. dan kalau betul dia nak berubah.. cuba slow talk dengan si dia.. mana tahu berhasil?? kalau ya.. jangan lupa jemput aq untuk makan nasi minyak.. hehehe..




Ahad, 27 Mac 2011

Mengapa Anda Selalu Lupa?


Adakah masalah lupa merungsingkan anda? Itu sudah pasti, bukan?  Sekiranya anda dapati anda sering kali lupa apa yang telah dibaca, maka tahniah!! itu tandanya anda manusia normal.   Hasil kajian telah menunjukkan 80% dari apa yang kita baca hari ini akan lupa hanya dalam masa 24 jam. 

Jangan cari alasan.   Ramai pelajar menjadikan lupa sebagai alasan untuk tidak belajar atau membuat ulangkaji terlalu awal.  "Buat apa baca sekarang esok lupa juga".  Inilah kata-kata yang sering diucapkan.  Tahukah anda, sebenarnya anda tidak lupa, cuma anda belum melakukan cukup usaha supaya anda tidak lupa.   Mudah bunyinya bukan??

Sebenarnya wujud perbezaan antara belajar awal dengan belajar waktu musim peperiksaan.  Anda perlu belajar awal untuk menyediakan nota-nota bermutu dan untuk memahami setiap mata pelajaran dengan sebaik-baiknya.   Jangan risau kalau masih banyak yang anda belum ingat, yang penting telah banyak tajuk-tajuk yang anda telah faham.

Fahami apa yang dibaca.  Memahami matapelajaran adalah langkah pertama sebelum anda melakukan usaha untuk menghafalnya.  Menghafal bahan yang tidak difahami adalah perbuatan yang sia-sia.  Sekiranya anda belajar awal, anda pasti punya banyak masa dan berpeluang untuk bertanya kepada guru dan rakan-rakan agar setiap kekeliruan dapat diatasi sebelum terlambat.. 

Setelah anda benar-benar faham, sediakan nota ringkas yang bermutu untuk anda gunakan setiap kali datangnya musim peperiksaan. Sediakan juga nota-nota poket dan peta minda bagi memudahkan anda merujuk semula kepada apa yang telah dipelajari tanpa perlu membelek semula buku-buku asal.

Hafal kata kunci.  Ramai pelajar yang mempunyai tabiat menghafal yang buruk.  Mereka cuba mengingati keseluruhan ayat yang mewakili fakta.

Contoh fakta:Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfera iaitu otak kanan dan otak kiri.



Pertama sekali pastikan anda faham apa mesej yang mahu disampaikan kepada anda dalam fakta tersebut.  Keduanya barulah hafal fakta itu, tetapi bukan menghafal keseluruhan ayat. Hafal hanya perkataan 'dua hemisfera' yang merupakan kata kunci kepada fakta.  Sekiranya anda ingat kata kunci ini pasti sahaja anda mampu menerangkan kepada orang lain apa maksud disebaliknya.  Sebab itulah anda perlu faham sebelum anda hafal!!

Pecahkan kepada beberapa kumpulan kecil.  Sekiranya anda terpaksa menghafal terlalu banyak fakta, jangan hafal kesemuanya serentak.  Tidak perlu terburu-buru.   Pecah-pecahkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan kecil dan hafal setiap fakta dalam kumpulan ini.

Misalnya, kalau anda ada 15 fakta yang perlu diingat, pecahkan fakta-fakta ini kepada 3 kumpulan kecil.  Setiap kumpulan mempunyai hanya 5 fakta.  Baik, sekarang  mana yang lebih mudah dihafal, kumpulan yang 15 fakta atau kumpulan yang mengandungi 5 fakta?  Lihat! mudah-mudahkanlah pekerjaan anda.  Sekali lagi jangan terburu-buru.  Mempelajari bahan-bahan akademik memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi.

Sering membuat imbasan.  Satu lagi faktor anda lupa ialah terlalu percaya bahawa anda telah menguasai tajuk tersebut hanya dengan melakukan sekali ulangkaji. Awal-awal lagi telah dibuktikan bahawa 80% daripada apa yang telah dipelajari akan lupa dalam masa 24 jam.  Sekiranya anda tidak menyemak semula tajuk tersebut dalam masa yang terdekat, maka jangan pelik kalau anda terpaksa mengulang baca keseluruhan tajuk sekali lagi dimusim peperiksaan. Untuk menjadi seorang pelajar yang efektif, anda perlu melihat seimbas apa yang telah anda baca dari semasa ke semasa secara sistematik. Petua dibawah boleh digunakan dan terbukti berkesan:
  • Imbas 5 minit apa yang dibaca selepas 24 jam.
  • Imbas 5 minit lagi selepas 1 minggu.
  • Imbas 5 minit setiap 2 minggu.
  • Imbas 5 - 10 minit dimusim peperiksaan


Gunakan teknik-teknik ingatan.  Untuk memudahkan lagi proses mengingati fakta, anda perlu ada kemahiran tertentu seperti teknik mnemonik, teknik menggambar cara, teknik ceraian dan pelbagai lagi.  Pastikan anda kembali ke sini setiap minggu sebab pelbagai topik berkaitan dengan ingatan akan dimasukkan dari semasa ke semasa.


Elakkan dari tidur petang.  Ini lagi satu penyakit.  Tidur selepas waktu Asar akan melembabkan otak anda. Dalam Islam amalan tidur petang sebegini sangat tidak digalakkan.  Oleh itu hentikan tabiat buruk anda ini. Kalau anda letih, tidur sahaja sebentar selepas solat zuhur, ini sunnah Rasulullah s.a.w.  Badan akan terasa lebih bertenaga untuk belajar diwaktu malamnya nanti.

Ajarkannya kepada orang lain.   Cari peluang untuk mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepada orang lain. Libatkan diri secara aktif dalam perbincangan kumpulan. Hanya dengan mengajarkannya sahaja anda dapat menguji penguasaan anda terhadap satu-satu tajuk.  Raikan setiap soalan dan hujah daripada rakan. Galakkan mereka bertanya kepada anda. Hanya dengan cara inilah otak anda mula bekerja lebih keras untuk mencari jawapan.






Tips nak hilangkan rasa bosan bila study untuk final

Hahaha... baru je konon-konon nak semangat study untuk final aq nie ha.. tiba-tiba wat post lagi.. apa kejadahnyer??



Hahaha.. nak wat macamana dah memang perangai lama aq datang balik.. malas giler nak study bila nak exam.. lagi suka tengok gambar orang kat dalam facebook orang, facebook orang dan blog orang.. hahahahaha... [nampak sangat giler surfing internet!!!]



Huuuu... so sekarang nie aq leh fokus dalam setengah jam je untuk study pas lagi 4 jam menghadap facebook.. hahaha... meh la kita kongsi-kongsi tips nak hilangkan rasa bosan bila study untuk final [version aq!!]


1.kalo rasa tak leh nak study bila dah bosan sangat, gi la makan buah.. tak kisah buah betik ke, buah mangga ke, apa ke??.. bukan pe  pas makan buah mesti rasa bertenaga nak study balik..


2.kalo orang mcm jenis aq nie, yang  tak leh nak berjauhan dengan internet.. kena la pergi tmpat yang  tak leh nak access internet.. baru leh nak fokus study.. kalo dah mcm nie.. jawab nyer aq lagi banyak online dari study.. hehehe


3.bila dah rasa ko jenis  tak leh nak senyap sunyi macam kat library.. macam aq.. hahaha.. sila la pergi tempat yang ada dj-dj untuk memainkan lagu-lagu hits yang sesuai untuk membantu otak korang menerima nota-nota yang harus dibaca untuk final..


4.bila rasa nak tido or malas melanda.. sila ganggu sapa-sapa yang korang suka.. hahaha... macam aq.. harusla kaco encek s.. hahahaha... sampai dia gelak-gelak je..


tapi jangan la lama sangat break nyer tu.. kang nanti bukan study tapi melaha.. hahahaha


Sabtu, 26 Mac 2011

Mengapa Earth Hour ??


PENGAJARAN TERSUSUN DARI TUHAN YANG MAHA ESA
Gempa bumi Padang, Indonesia.
Gempa bumi Christchurh, New Zealand.
Gempa bumi Fukushima, Jepun.
Tsunami Fukushima, Jepun.
Gempa bumi Myanmar – Thailand.
Banjir teruk melanda semenanjung Malaysia.
Serta beberapa bencana yang berterusan sekitar dunia…..
Akhirnya kita membaca semua rentetan kejadian di atas sebagai satu bala dari Tuhan yang maha Esa supaya manusia didalam dunia ini saling ingat memperingat dan faham memahami. Tapi disebalik kejadian tersebut  adakah kita pernah terfikir yang kita juga merupakan penyumbang utama terhadap kejadian itu berlaku?
Ya, Kuasa Tuhan yang maha hebat tiada siapa boleh melawan.
Namun itulah pengajaran dan pendidikan terbaik yang Tuhan berikan kepada manusia yang tidak mahu mendengar dan mematuhi peraturannya.
Kali ini marilah kita sama-sama bermuhasabah dengan hati yang benar-benar terbuka.
Tingkatkan kualiti kesedaran kita mengenai isu alam sekitar, semoga hadir cakna dalam diri.
Fakta Earth Hour
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007  dan mendapat sokongan dunia pada 2008.
Menurut WWF Thailand, Bangkok mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 73.34 megawatt, dimana, satu jam, sama dengan 41.6 tonkarbon dioksida. Bangkok Post memberikan perbezaan rajah 165megawatt-jam dan 102 ton karbon dioksida
Di Dubai, dimana lampu luar dibeberapa bandar utama tanah besar telah dimatikan dan lampu jalan dikawasan terpilih telah dimalapkan sehingga 50%, Electricity and Water Authority melaporkan penjimatan 100 megawatt-jam penggunaan elektrik. Ini merupakan pengurangan 2.4% penggunaan elektrik dibandingkan jam sebelumnya.
Ireland, keseluruhannya, telah mengalami pengurangan dalam penggunaan elektrik, menggunakan 1.5% pada acara tersebut. Dalam masa tiga jam antara 6:30 petang dan 9:30 malam, telah berlaku pengurangan 50 megawatt, menjimatkan 150 megawatt-jam, atau sekitar 6 ton karbon dioksida.
Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk perubahan Iklim di Bali  menjadi jelas apabila menandatangani Protokol Kyoto bersetuju bahawa pengurangan kesan rumah hijau dari 25 hingga 40% boleh dilakukan pada 2020 untuk mengurangkan kesan pemanasan global yang menyebabkan peningkatan air laut dan beberapa masalah yang lain. Dalam konteks tersebut Earth Hour berada pada tokenisme terburuk atau pada masa terbaiknya menyedarkan manusia untuk maju ke hadapan seperti menggunakan tenaga hijau dari sumber sepertitenaga angin, tenaga suria, atau tenaga nuklear, dan tidak menggunakan elektrik yang sumbernya dari pembakaran bahan bakar fosil seperti arang batu, gas asli dan petroleum.
Sengaja saya berikan fakta untuk kita memahami dengan lebih jelas mengapa EARTH HOUR diadakan.

CERITA BUMI
Tidak ramai dikalangan warga muda kita minat membicarakan tentang bumi , banyaknya berbicara soal cinta , hiburan , dan politik.
Ramai yang tidak mengambil endah kisah bumi , walhal di atas jasa ciptaan Tuhan yang sudah “tua” inilah kita berhutang berjuta jasa padanya dalam kehidupan seharian dan di atas bumi ini jualah kita menerima berjuta nikmat yang Tuhan kurniakan.
“Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?” (Fathir – 3)
Jika Senator Gaylord Nelson menjadi pencetus kepada kesedaran rakyat Amerika untuk memperjuangkan isu bumi dan alam sekitar dan akhirnya “Hari Bumi” sehingga kini disambut di seluruh dunia setiap 22 april tiap-tiap tahun.
Dimana pula warga muda Malaysia  yang sibuk memperjuangkan isu bumi ini??
Adakah belia Malaysia seperti kita khususnya hanya hebat membicarakan soal politik dan perkara “kosong”?? yang hanya di awal ceritanya perbalahan dan di akhir ceritanya jua pergaduhan.
Dunia hari ini.. akan datang??

KESEDARAN YANG HARUS DIPUPUK
“Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan. Dan tumbuh-tumbuhan serta pohon-pohonan, keduanya tunduk kepada-Nya. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia telah meletakkan neraca keadilan, supaya kamu jangan melampau batas tentang neraca itu. Dan tegakkanlah (laksanakanlah) timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.” (Al-Rahman , 5-9 )
“Islam berusaha menjaga alam sekitar dan segala elemennya dengan cara memberikan penekanan terhadap tuntutan moral, peraturan dan undang-undang” (Prof. Dr. Yusof Al-Qaradawi, Riayatul-Bayiat fi Syariatul-Islam)

Perkara diatas menunjukkan betapa Islam menuntut penganutnya agar mempunyai nilai kesedaran yang tinggi terhadap isu pemuliharaan alam sekitar dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Kesedaran ini haruslah dipupuk di dalam jiwa segenap Muslim yang berada didunia ini agar tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.Oleh yang demikian , generasi muda haruslah memainkan peranan yang cukup penting dalam melaksanakan misi murni ini . Hal ini kerana generasi muda merupakan penggerak yang aktif dalam melaksanakan sesuatu perkara dan misi.
Jika kita melihat kepada persekitaran kita di Malaysia. Masyarakat setempat kurang mengambil cakna terhadap isu pemuliharaan alam sekitar dan perubahan iklim dunia. Pencemaran yang dilakukan oleh masyarakat kita terhadap alam sekitar amat menyedihkan lebih-lebih lagi majoriti rakyat Malaysia beragama Islam. Membuang sampah merata-rata dan merokok merupakan amalan kebiasaan kita yang menyebabkan pencemaran berlaku dengan hebatnya. Sampah dimana-mana. Sikap tidak bertanggungjawab seperti ini yang mencerminkan pandangan dunia luar terhadap dunia Islam.
Kadangkala kita juga terikut dengan cara hidup sebegini. 
dalam masa yang sama , kita mengutuk perbuatan keji yang dilakukan mereka.
KITA??
SEMUANYA BERMULA DARI KITA
“Ia lah tuuu..” Bermain alasan.
“takper ini fardhu kifayah , orang lain dah buat..” Cuba memberi alasan.
“Alaa gelap-gelap , bukan best pun..” Alasan biasa.
“sejam jerr??? pastu …. membazir balik..” Alasan “BIJAK“.
“Malas aku nak ambik cara..” Mencari Alasan.
Bagi yang mempunyai ujian mereka juga tidak terkecuali dengan kempen kesedaran ini. Cumanya mereka tidak menutup lampu sewaktu kempen ini dijalankan. Namun mereka mempunyai kesedaran yang pembaziran elektrik ada kesannya.
Diatas merupakan beberapa respon yang aq terima. Aq sudah menilai mengikut pemikiran aq, kini anda yang membaca cubalah menilai  pula.
Walaupun kempen ini cuma dijalankan selama satu jam setiap tahun , namun sebagai insan yang punya keprihatinan dan kemanusiaan terhadap isu alam sekitar mereka akan berfikir dengan hikmah kenapa kempen ini dijalankan. Adakah untuk suka-suka , kemudian diuar-uarkan didalam media sedunia?? Ataupun kempen ini cuba mendidik manusia agar bersikap jimat-cermat terhadap penggunaan elektrik??
KENAPA PELIK??

Perubahan cuaca setiap tahun mengalami satu keadaan yang tidak disangka-sangka.
Musim sejuk tidak menentu. Sekejap panas , sekejap sejuk.
Negara yang tidak pernah menerima salji , turun salji.
Hujan , banjir dan ribut menjadi-jadi di negara beriklim khatulistiwa.
Musim panas , semakin panas dari sebelumnya.
Serta banyak lagi bencana yang menimpa dunia , saban hari kita dengar di media.
ITU perkara pelik bagi yang tidak mengikuti perkembangan alam sekitar sedunia.
Biasanya alasan yang kita akan dengar ialah , dunia sudah tua , ini tanda kiamat , Tuhan nak uji hamba dan macam-macam lagi.Semua menjadi alasan sebagai noktah menutup bicara.
Alasan itu ada benarnya. Namun adakah ia hanya sekadar alasan semata-mata tanpa memikirkan mengapa alasan itu diberikan?? Tidakkah kita mahu mencari mengapa alasan itu dibina??
Buntu fakta atau buntu idea ?
Jangan dilupa , Tuhan mencipta kita dimuka bumi ini , diantara hikmahnya ialah kita disuruh melihat dan mempelajari apa yang ada dimuka bumi ini.Kita disuruh bersifat MENCARI.
Mencari keagungan pencipta alam ini. Mencari hikmah mengapa bumi ini diciptakan.
IMPIAN KITA , IMPIAN DUNIA
Kita semua masih belum terlambat untuk sama-sama berusaha kearah dunia yang lebih sempurna dan ceria. Kita tidak perlu tunggu tahun hadapan bilamana earth hour ini dilaksanakan. Kita hanya perlu bermula dari sekarang untuk sama-sama menyedari akan kepentingan isu ini.Kita yang sedar akan menjadi diantara mereka yang merealisasikan impian dunia ini!!
“Orang bijak berfikir tindakannya sentiasa bijak , Orang yang buat BIJAK biasanya dia akan hebat bercakap dari orang yang bijak…”
LAKUKAN APA YANG KITA BOLEH LAKUKAN
Kita yang harus memulakan dahulu.
Tidak perlu untuk menyalahkan sesiapa didalam dunia ini terhadap kekejaman meeka terhadap isu ini.Salah dan menyalahkan menyebabkan tindakan kita semakin lembab dan lambat.
Mulakan sahaja dengan KITA.
  • KITA haruslah menyokong terhadap mana-mana organisasi atau individu yang memperjuangkan isu alam sekitar dan perubahan iklim global.Sokongan yang kita berikan akan memperkuatkan lagi semangat untuk memberi nilai kesedaran terhadap dunia.
  • KITA haruslah memulakannya dari rumah kita sendiri. Kebersihan bilik dan rumah haruslah dijaga dengan baik , begitu juga penggunaan barang-barang elektrik. Bermula dari rumah , kita akan menterjemahkannya di luar rumah.
  • KITA haruslah bersikap bijak dengan menunjukkan sifat tanggungjawab dan kesedaran kita terhadap isu ini terhadap masyarakat.Tidak perlu HIPOKRIT. Ubah suasana dan keadaan diri kita,itu kata kunci.
  • KITA haruslah menjadi ejen penyedar terhadap isu ini. Sebarkan dan maklumkan kepada keluarga, sahabat , kawan-kawan , jiran tetangga , rakan YM , rakan blogger , dan sesiapa sahaja yang anda kenal. Anda dapat pahala , dunia berubah wajah.
  • KITA haruslah menunjukkan kepada dunia bahawa ISLAM merupakan agama yang menuntut penganutnya agar mencintai alam sekitar dan peka terhadap isu ini.. (bukan sahaja ISLAM tetapi juga agama-agama lain yang dianuti di Malaysia)
JAYAKAN MISI INI BERSAMA-SAMA
akubudaknursing say : Jom!!!Marilah kita sama-sama seluruh mahasiswa Malaysia menyahut seruan di dalam kempen Earth Hour yang dilaksanakan oleh WWF ini.Sokongan kalian akan membantu generasi masa hadapan untuk melihat wajah dunia yang ceria dan segar!!! Ayuh semua !!!! Kita mulakan dengan diri KITA….