CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 29 Mac 2011

Kalendar Akademik 2011/2012 Kursus Diploma USM Ditetapkan June 2011


Semester 2 sidang akademik 2010/2011 dah nak sampai penghujungnya, tak sampai pun sebulan lagi dah nak duduki semester final exam. Dan yang pastinya pada 5 Mei 2011, bebudak Diploma Kejururawatan (kursus diploma tunggal USM) akan mula cuti


Sebelum ini, aq dan kekawan (bebudak diploma) sibuk berbincang sama ada USM akan mengikuti jadual akademik baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ye lah pihak KPT ingin menselaraskan jadual akademik sidang baru ni di seluruh IPTA se-Malaysia di mana Kursus Diploma dan Asasi akan memulakan sesi pengajian seawal 1 Jun 2011 manakan Kursus Ijazah Pertama akan memulakan sesi pengajian seawal 3 dan 4 September 2011



Hari ni masa kelas LDN 100 (English for Nursing), telah dimaklumkan kepada aq dan kekawan bahawa jadual untuk pelajar diploma USM telah SAH pada 5 Jun 2011 nanti. Adakah aq suka? Secara peribadinya, memang tak suka pun sistem baru ni. Mengapa pula aq tak suka, kan boleh habis cepat? Rasionalnya...
  1. Diploma Kejururawatan adalah satu-satunya kursus diploma yang masih ditawarkan di USM.. (hanya kami je lah yang wujud kat kampus sepanjang tempoh tersebut!)
  2. Konfem ke kemudahan disediakan sepenuhnya kepada kami?? (kafeteria buka tak masa tu, yelah setengah dari kami akan duduk kat Desa Nurani, setengah lagi mestilah kat Desa Murni.. thats mean ada ke kafe buka masa tu nanti! alamatnya kami semua berjalan kaki lah makan kat luar.. huhuhu.. kalau tak pun makan kat Harmoni..)
  3. Kami tak ada peluang untuk menyertai sebarang aktiviti pelajar sepertimana pelajar Ijazah pertama.. (kebanyakkan program pelajar di USM dikelolakan oleh pelajar ijazah pertama, yelah mereka kan kepimpinan MPD, MPP dan juga persatuan-persatuan.. maksudnya mereka hanya mula menjalankan aktiviti ketika kemasukkan pelajar ijazah pertama nanti.. kami budak diploma?? harapkan aktiviti program je lah.. tu pun di peringkat program.. dan berapa keratlah aktiviti yang mereka rancangkan!)
  4. Tak ada aktiviti, maksudnya tak ada merit!!! (kalau tak ada merit, camane nak apply duduk asrama??)
  5. Kami akan terus disisihkan jauh dari kehidupan kampus.. (ada ke kehidupan kampus dengan jadual camni? IPT lain tak yah lah dibandingkan.. ye lah mereka masih banyak lagi kursus diploma yang ditawarkan!!)
Hurmm.. aq pun tak faham mengapa perkara sebegini tak pernah difikirkan oleh pihak USM sebelum bersetuju dengan perlaksaan baru ini. Tapi tak pe lah, demi cintakan USM dan masih berminat untuk berbakti kepada Desasiswa Nurani, terpaksalah di sidang hadapan aq berkorban masa untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pelajar. Ye lah sidang hadapan aq sibuk dengan Festival Kelestarian Kebudayaan di Fajar Harapan, Festival Zapin antara IPT Pantai Timur, Pesta Pantun antara Desasiswa USM.. nampak gayanya time bebudak diploma lain cuti, aq tak de cuti.. tapi tak pe kot, cam lah tak biasa berjauhan dari family pun kan.. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan