CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 24 Mac 2011

Proper Hand Washing



Ekstrimiti Atas Salah Satu Anugerah

Penciptaan manusia terlalu unik, seunik kehebatan Pencipta yang tiada tandingnya. Kita di anugerahkan oleh Pencipta sepasang tangan yang masing-masing mempunyai 5 jari. Setiap tangan dan jari mempunyai fungsi tersendiri, setiap jari memerlukan antara sama lain. Jika tiada sebatang jari sahaja kita terus di panggil cacat atau deformity. Kerja yang dilakukan terganggu, mutu bekerja apatah lagi. Namun walaupun Dia memberi kecacatan, namun Dia anugerahkan pula dengan anugerah yang istimewa pula. Inilah keadilan Pencipta, oleh itu syukurlah dengan apa yang dianugerahkan. Terimalah seadanya nikmat pemberian. Sesungguhnya kita hanya mampu merenung,tak mampu rasanya untuk menghitung pemberiannya.

"...sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya..." (Ibrahim :34)
Sentuhan Tangan Meringankan Kesakitan

Pesanan kepada diri dan rakan rakan seperjuangan, kita adalah perawat. Sentuhan mampu meringankan beban penderitaan pesakit. Bayangkan kita tiada tangan untuk merawat, mampukah kita? Bagaimana hendak memberi ubatan kepada pesakit? Bagamaimana untuk melakukan dressing kepada pesakit? Sama-sama kita fikirkan. Andai kata anda pula adalah pelawat, sentuhan anda kepada pesakit juga membantu meringankan kesakitan. Apatah lagi yang sakit adalah keluarga terdekat kita, mereka sedikit sebanyak akan terubat dengan ziarah yang kita lakukan.

Smart Nursing Care in Action



Smart nursing care mampu mempercepatkan penyembuhan diri pesakit, antaranya "hand wasing". Basuhlah tangan sebelum dan selepas mengendali pesakit.

akubudaknursing say : amalkan budaya membasuh tangan dengan betul untuk mengelakkan penyakit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan