CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Isnin, 28 Mac 2011

Kawan ANDA memang GAY!!!

Kak Melah (bukan nama sebenarnya).. merupakan sahabat baik aq.. Dia ni adalah minat sorang budak laki seoffice ngan dia, lagipun mamat ni cam memberi respon kat sahabat baik aq ni. So dipendekkan cite, Kak Melah minta pendapat aq, untuk menscanning budak laki ni takut-takut budak ni GAY, ye lah Kak Melah perasan mamat ni cam sesuatu je.. hahaha.. Aq pun mintalah Kak Melah senaraikan beberapa pasal perangai budak lelaki ni.. ye lah kalau dah kawan seoffice katanya.. biasanya akan bercerita all the aktiviti yang dilalui..

#banyak habiskan masa dengan kawan-kawan lelaki

kat sini adakalanya memang benar seorang lelaki str8 banyak habiskan masa dengan kawan lelaki yang lain.. sebab kalau berkepit dengan perempuan selalu sangat tak best lah!!! apa pun depend 'SIAPA' kawan-kawan lelakinya.. kalau sah-sah kekawan lelakinya sememangnya str8 normal.. maka biarkan jelah.. tetapi kalau kekawan lelaki dia lebih suka pakai bahasa adeq-adeq.. maka kenelah berhati-hati.. boleh bezakan aktiviti lelaki str8 dengan yang kurang str8.. 

(bagi kes kawan Kak Melah.. si kawan lelaki yang nak dikenali lebih banyak kekawan yang 'sesuatu' sangat.. malah suka menggunakan bahasa-bahasa makeup artis separuh jantina.. KENYATAAN PERTAMA SAH MENUNJUKAN DIA GAY)

#baca majalah lelaki

tak kiralah dia baca majalah apa.. Mingguan Wanita ke?.. Majalah Nona ke?.. atau Majalah Maskulin.. hatta majalah masakan atau resipi.. lantaklah!! kan sikap membaca tu sesuatu yang baik.. boleh menambah ilmu.. sekurang-kurangnya dia tidak membaca majalah lucah atau novel-novel lucah yang ada dipasaran..

(bagi kes kawan Kak Melah ni pula.. si lelaki ni memang suka membaca majalah Maskulin dan MenHealth.. tapi si dia ni suka tenung dan pandang badan lelaki yang separuh bogel.. malah kekadang tanpa segan silu mengkagumi susuk tubuh lelaki tersebut.. KEYATAAN KEDUA SAH MENUNJUKAN DIA GAY)


#usha dan melihat lelaki

sama juga denga perempuan.. kekadang suka melihat wanita lain yang mungkin kelihatan lebih cantik dan pandai bergaya.. kekadang memandang sambil berkata di dalam hati.. "kat mana wanita tersebut beli baju yang dipakai?".. dan macam-macam lagi soklan yang timbul di dalam hati.. so sama gak dengan kaum lelaki ni.. suka melihat lelaki lain punya ketrampilan.. tetapi tidak semua suka melihat lelaki.. kalau terlihat pun hanya sekali pandang saje.. 

(bagi kes kawan Kak Melah ni.. bukan setakat pandang.. malah siap boleh recall tentang jantan yang dilihat sekilas pandang tu.. bagaikan terpanah dengan cinta pandang pertama.. katanya.. BAGI AQ.. KENYATAAN KETIGA SAH MENUNUJUKAN DIA GAY)

Jadi untuk Kak Melah.. tak payah nak susah-susah.. banyak lagi lelaki lain!! biarlah si dia dengan dunianya.. dan kalau betul dia nak berubah.. cuba slow talk dengan si dia.. mana tahu berhasil?? kalau ya.. jangan lupa jemput aq untuk makan nasi minyak.. hehehe..




Rabu, 26 Januari 2011

Bagaimana Nak Tau Lelaki Itu GAY ?

Ramai di antara golongan Gay kelihatan kelihatan seperti lelaki tulin tapi hakikatnya mereka tak meminati kaum wanita tetapi kaum lelaki.
Sebagai panduan kepada kita semua, golongan Gay boleh dikenali sebenarnya. Namun hanya Gay sahaja yang boleh mengenali status gay yang lain. Cuba hayati cerita seterusnya . . 

Pada satu hari, seorang wartawan ingin membuat penyelidikan bagi bahan beritanya yang berkaitan dengan golongan Gay. Oleh itu, pada suatu hari dia telah berkunjung ke satu kelab malam yang dikenali sebagai 'The Blue Boy Club' yang berada di Kuala Lumpur. Pada awalnya, beliau agak takut dan kurang selesa tetapi setelah beberapa ketika akhirnya beliau berasa selesa. Apabila diperhatikan sekelilingnya, didapati semua lelaki2 tersebut kelihatan tiada kurangnya, cuma yang berbeza mereka agak mesra.

Sambil memerhati dan sesekali mencatit nota, tiba2 perut wartawan tersebut rasa memulas. Rasa nak terkentut. Oleh kerana muzik terlalu kuat maka wartawan itu yakin sekiranya dia terkentut, pasti ramai yang tidak akan perasan. Lalu dia bernekad untuk kentut . . Prrrroooootttttttttttttttt . 
. Namun tiba2 muzik bertukar menjadi perlahan pada saat dia melepaskan kentut tersebut. Apa lagi, semua mata memandang tepat kepada dia di dalam keadaan samar2 lampu di kelab tersebut. Tiba2 . . ada suara berkata "rupanya ada lagi jejaka yang masih teruna kat kelab kita ni" . . ha ha ha . . dengan perasaan malu dia terus meninggalkan kelab tersebut.

Pengajaran dari cerita di atas, kalau sekiranya seseorang itu kentut dan bunyinya kuat maka sah lah yang dia masih teruna tapi kalau kentutnya bedepus ajer bunyinya . . he he he dah hilang teruna lah tu . . 


Note: AWAS jangan kentut sebarangan . . nanti orang tau korang GAY ke tak? ha ha ha









Selasa, 11 Januari 2011

cara nak ROOMATE korang GILA

Ok guys, malam ni aku nak cite pasal roomate. Di saat ini, aku ngah layan blog and FB ngan roomate aku, tapi depa tak lah duk layan 1 note book.. hehehe.. Roomate aku ada 3 org, sorang tu budak kelantan nama Kuwa and sudah semestinya 1 course ngan aku dan yg paling muda antara kami sume. Sorang lagi budak KL ambik course medic, nama dia Irfan. Sorang lagi budak Perak nama Wan, ambil course keselamatan pekerjaan dan kesihatan. Kami sume ni budak 1st year. Ok, straight to the point, sila baca kat bawah ni kalau nak tau camne caranya nak wat roomate kesayangan korang jadi gile.. hahaha..




1. Setiap hari khamis (jumaat kat Kelantan cuti!), korang pack kan barang-barang korang then bagitaulah kat roomate korang yg korang nak balik umah guna flight. Selepas 3 jam, korang balik bilik semula, pastu terangkan kat roomate korang yg korang terpaksa balik sebab bila sampai je kat umah, pintu berkunci, semua orang dah tak ada. Pastu korang unpack barang-barang korang then sambung tdo dgn berdengkur. 

2. Setiap kali roomate korang balik, korang jerit lah sekuat-kuat hati "horeeey..kau dah balik!". Lepas tu korang menari lah dangdut depan dia. Lepas tu tenung jam lama-lama dan tanya dia, "sepatutnya ko dah blah dah skrg".

3. Buat-buat terjaga ditengah-tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong!!! kat mana aku berada ni?!!" dan lari sekeliling bilik. Kalau bilik korang kecik cam kat Desasiswa Murni, cukuplah sekadar korang melompat-lompat cam gorila 2-3 kali. Kemudian korang sambung tido balik, Esok nya kalau roomate korang tanya, cakap je lah tak tau.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan korang. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak.. dah merebak".

5. Beli pokok bonsai. Bercakap, dan tidorlah dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, korang bergaduhlah dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan ko lagi!" sambil keluar dari bilik dan hempas pintu sekuat-kuatnya. Buangkan pokok itu dari tingkat paling atas, tapi ingat pasu korang simpan balik. 

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan mata pisau setiap malam sambil merenung ke wajah roomate korang. Pastu korang katalah "Tak lama lagi.. tak lama lagi" sambil tersenyum.

7. Duduk di depan papan chess 2-3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas itu korang bangun dengan tiba-tiba sambil berkata "Siot, kalah lagi!".

8. Pakai topi kertas. Bila roomate korang balik, cakap "Selamat datang ke McDonald, boleh saya ambil pesanan encik?". Lepas tu wat muka bodoh, sambil kata "Eh.. ko rupanya".

9. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang korang dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

10. Bila roommate korang balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa korang kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate korang.

13. Bila roommate korang tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

14. Duduk dan tenung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

15. Masa roommate tiada, ambil deodoran dia dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

16. Pegang dan gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la …Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

17. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang bace yasin ramai-ramai. Bila roomate korang terjaga pakat-pakat buat tak nampak ape-ape.

18. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.


kahkah.aku dah gelak guling-guling ni. silap-silap aku yang gila. agak-agak kalo aku buat kat KUWA, IRFAN dan WAN (Roomate), dapat pelempang ke tak??