CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 11 Januari 2011

cara nak ROOMATE korang GILA

Ok guys, malam ni aku nak cite pasal roomate. Di saat ini, aku ngah layan blog and FB ngan roomate aku, tapi depa tak lah duk layan 1 note book.. hehehe.. Roomate aku ada 3 org, sorang tu budak kelantan nama Kuwa and sudah semestinya 1 course ngan aku dan yg paling muda antara kami sume. Sorang lagi budak KL ambik course medic, nama dia Irfan. Sorang lagi budak Perak nama Wan, ambil course keselamatan pekerjaan dan kesihatan. Kami sume ni budak 1st year. Ok, straight to the point, sila baca kat bawah ni kalau nak tau camne caranya nak wat roomate kesayangan korang jadi gile.. hahaha..




1. Setiap hari khamis (jumaat kat Kelantan cuti!), korang pack kan barang-barang korang then bagitaulah kat roomate korang yg korang nak balik umah guna flight. Selepas 3 jam, korang balik bilik semula, pastu terangkan kat roomate korang yg korang terpaksa balik sebab bila sampai je kat umah, pintu berkunci, semua orang dah tak ada. Pastu korang unpack barang-barang korang then sambung tdo dgn berdengkur. 

2. Setiap kali roomate korang balik, korang jerit lah sekuat-kuat hati "horeeey..kau dah balik!". Lepas tu korang menari lah dangdut depan dia. Lepas tu tenung jam lama-lama dan tanya dia, "sepatutnya ko dah blah dah skrg".

3. Buat-buat terjaga ditengah-tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong!!! kat mana aku berada ni?!!" dan lari sekeliling bilik. Kalau bilik korang kecik cam kat Desasiswa Murni, cukuplah sekadar korang melompat-lompat cam gorila 2-3 kali. Kemudian korang sambung tido balik, Esok nya kalau roomate korang tanya, cakap je lah tak tau.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan korang. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak.. dah merebak".

5. Beli pokok bonsai. Bercakap, dan tidorlah dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, korang bergaduhlah dengan pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan ko lagi!" sambil keluar dari bilik dan hempas pintu sekuat-kuatnya. Buangkan pokok itu dari tingkat paling atas, tapi ingat pasu korang simpan balik. 

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan mata pisau setiap malam sambil merenung ke wajah roomate korang. Pastu korang katalah "Tak lama lagi.. tak lama lagi" sambil tersenyum.

7. Duduk di depan papan chess 2-3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas itu korang bangun dengan tiba-tiba sambil berkata "Siot, kalah lagi!".

8. Pakai topi kertas. Bila roomate korang balik, cakap "Selamat datang ke McDonald, boleh saya ambil pesanan encik?". Lepas tu wat muka bodoh, sambil kata "Eh.. ko rupanya".

9. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang korang dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

10. Bila roommate korang balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa korang kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate korang hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu.Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate korang.

13. Bila roommate korang tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

14. Duduk dan tenung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.

15. Masa roommate tiada, ambil deodoran dia dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

16. Pegang dan gosok-gosok rambut roommate korang sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la …Macam teknik rebonding…". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

17. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dalam 10 orang bace yasin ramai-ramai. Bila roomate korang terjaga pakat-pakat buat tak nampak ape-ape.

18. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok-tengok ada mayat.


kahkah.aku dah gelak guling-guling ni. silap-silap aku yang gila. agak-agak kalo aku buat kat KUWA, IRFAN dan WAN (Roomate), dapat pelempang ke tak??


3 ulasan:

  1. Abg freddy, kalau irfan tak dpt pelempang, dapat kata2 yang pedas ala2 pelempang...silap2 ayat dia, ko igt mak bapak ko nak ke ko lahir kat dunia ni??

    BalasPadam
  2. Salah tu Atiqah, ayat trademark Irfan dalam bilik ni adalah "Kelahiran ko adalah satu kesilapan!" hahaha

    BalasPadam
  3. ;D soo frikkkikkikin hilarious.. just one thing to readers, after reading this post, don't you guys think it's better to baling diz shumel guy ke dalam tempat persemadian cadaverssss?? haha
    ('.('.(=0=).').')

    BalasPadam