CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 12 Januari 2011

Jangan Suka Menyalahkan Orang Lain


Seorang anak telah dilahirkan setelah 11 tahun sepasang suami isteri berkahwin. Mereka adalah pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain, dan anak itu adalah tanda cinta kasih yang mereka telah bina. Ketika si anak berusia 2 tahun, suatu pagi si ayah perasan ada sebotol ubat yang terbuka. lalu si ayah memesan kepada si ibu untuk menutup botol ubat tersebut dan menyimpankannya di tempat yang selamat kerana dia sendiri nak ke pejabat dengan segera. Namun oleh kerana sibuk menguruskan hal di dapur, si ibu lupa pesan si ayah. Apabila si anak melihat botol tersebut, dengan girangnya dia bermain-main dengan botol ubat itu. Oleh kerana tertarik melihat pil-pil ubat yang berwarna warni si anak memakan semua ubat itu kerana menyangka ia adalah gula-gula. 

Apabila perasan anak nya senyap sahaja, si ibu segera mendapatkan anaknya itu. Terkesima si ibu apabila melihat si anak tidak sedarkan diri dengan mulutnya penuh dengan ubat-ubatan. Si ibu segera membawa si anak ke hospital namun semuanya terlambat apabila doktor mengesahkan si anak telah meninggal dunia. Si ibu dengan perasaan sedih dan bercampur takut, tidak tahu bagaimana untuk memberitahu suaminya bahawa kematian tersebut disebabkan kecuaian dirinya sendiri. Ketika si ayah mendapat panggilan dari si ibu, si ayah begitu terkejut, anak yang disayangi telah pergi meninggalkan mereka. Si ayah dengan segera kembali ke rumah. Sampai sahaja di rumah, melihat isterinya yang sedih dan menangis di atas kematian si anak, si ayah mengucapkan 3 perkataan kepada isterinya. 

APAKAH 3 PERKATAAN YANG DI UCAPKAN SI SUAMI?

























Si suami dengan tenang melafazkan kepada isterinya 'Abang bersama sayang'

Reaksi si suami yang tidak disangka-sangkakan itu adalah satu tindakan yang proaktif. Si anak telah meninggal dunia dan pastinya tidak akan hidup kembali. Tidak ada gunanya mencari kesalahan pada si isteri. Ini adalah kerana andai si ayah menutup sendiri botol ubat tersebut terlebih dahulu, sudah pasti kejadian ini tidak akan menimpa anak mereka. Tiada sesiapa yang harus dipersalahkan. Apa yang diperlukan oleh si isteri pada masa ini hanyalah sokongan daripada suaminya dan itu lah yang dilakukan oleh suaminya. 

Korang sume, jika semua manusia kat dunia leh memandang sesuatu perkara yg berlaku dalam idup mereka sebegini, aku pasti idup kita akan jauh dari permasalahan dunia. 

Aku memasukkan cite ni dlm entri aku sbb aku rasa pengalaman yg aku alami hari ni byk memberikan aku satu pengajaran baru dimana manusia sememangnya mudah utk menyalahkan org lain tanpa mencerminkan diri masing-masing untuk menilai samada diri kita yg memulakan kesilapan dahulu. Hari ni dlm kelas Health Assessment, Puan Nor Jasmani (pengajar kejururawatan) telah mengunci semua pintu di dewan kuliah tepat-tepat jam 2.00 petang. Ni telah menyebabkan separuh drp kelas aku tak leh nak attend kelas tu. Ni mendatangkan ketidakpuasan hati pada bebudak yg tidak dapat masuk. Ada seorang drp mereka telah berjumpa dengan tenaga pengajar yang lain me'report' bahawa dia tak leh nak masuk kelas sebab kene kunci, dan bukan dia seorang saja tapi ramai lagi yg berada di luar dewan kuliah. 

Tenaga pengajar tersebut meminta dia call aku, dan bgtau kat Puan Nor Jasmani agar mereka boleh masuk. Oh ya pada semester yang lepas, aku dilantik sebagai Ketua Kursus untuk satu semester. Pada semester ni, jawatan tersebut aku telah serahkan kepada ketua yang baru, dan semestinya sebagai mantan ketua aku tidak mempunyai autonomi untuk membenarkan mereka masuk. Yang paling penting, aku memang tak pernah nak on handphone time dalam kelas. So aku tak leh nak dihubungi. Ini semua aku rasa telah membuatkan budak ni marah kat aku. 

At the end, tenaga pengajar yang mendapat report tersebut masuk ke dalam dewan dan berbincang dgn Puan Nor Jasmani. Terdapat reaksi kurang senang dapat aku lihat di wajah puan aku itu. Dia seperti kecewa dengan tindakan rakan-rakan aku yang lain, suka me'report' daripada berhadapan secara semuka. Namun yang buat aku terkilan hari ni, bila aku mengatakan perbuatan yg dia telah lakukan itu salah. Namun sedih dia cuba memenangkan tindakannya itu. Ya, alasan yang dia habis pro-visit ke Operation Theater tu memang alasan yg kukuh utk dia leh dibenarkan masuk, namun kami semua telah dididik oleh tenaga pengajar, sekiranya ada masalah dgn alasan yg kukuh utk lewat ke kelas, sila SMS tenaga pengajar. Namun dia tidak berbuat demikian. Malahan dia menyalahkan tenaga pengajar menghalang dia masuk. Siapa kita sebagai penuntut utk meyalahkan pengajar? Cukup ke ilmu kita?

Moral of the story yang aku cuba sampaikan kat korang disini ialah kadang-kadang kita gemar untuk membuang waktu kita hanya sekadar untuk mencari kesalahan orang lain. Tanpa kita sedar, perangai kita ini telah membuatkan sesuatu hubungan diantara sesama insan menjadi dingin.

note: Cerminkan diri sendiri setiap hari, bukan sekadar luaran tapi dalam hati turut dicerminkan. 




3 ulasan:

  1. suka entri ni..suka komen boy yg kt bwh tu jugak!
    kdg2 mmg ade lecturer yg mcmtu..sepatutnya pelajar diberi peluang untuk menerangkan keadaan, bukan terus dipersalahkan..pelajar pulak mst bertanggungjawab, bukan mengambil kesempatan membuat alasan dan menyalahkan org lain dlm situasi yg xmenyenangkan mcmni..masing2 ade otak, boleh fikir..

    BalasPadam
  2. kita ni manusia biasa,kesilapan tu memang akan ada walau kita cuba hindarkan,tapi cuba juga sedaya upaya supaya kurangkan terlalu banyak memberi alasan...adalah lebih baik menyalahkan diri kita sendiri di atas kesilapan, dari kita marahkan orang lain yang akan selalu nampak kesalahan kita walaupun kita rasa kesalahan kita tidaklah sebesar manapun....kerana,bagi orang lain...yang salah tetap salah dimata mereka..kerana,mereka adalah mereka,siapa kita untuk mengalihkan pandangan mereka terhadap kita...kita x kuasa,x mampu....itu hak mereka....sabar je la banyak2..hanya itu yang termampu...mungkin nanti adalah hikmahnya....

    BalasPadam
  3. hidup ini menjadi sukar bila kita bermasalah dengan orang lain,kadang2 untuk menjadi terbaik,menuntut pengorbanan yang tinggi..takut x termampu untuk dipikul..yang memahami,boleh dibilang dengan jari,yang akan menyalahkan tu,terlalu ramai,hampir semua...klu kita berputus asa...hancur la badan....hidup dibenci orang,adalah yang paling sakit hati...siapa yang mau hidup dibenci orang,semua x mau kan?..hidup rasa x bermakna,badan jadi longlai,hidup terawang-awang...tiada erti hidup buat sementara,walau perjalanan masih belum diketahui bila penamatnya....kembalilah kepada tuhanmu,mengadulah padanya,moga dia mengubah nasibmu menjadi terbaik....semoga dia menukar rasa dukacitamu menjadi semangat yang baru...cuba renung,untuk apa hidupmu?untuk bersedihkah??...apa yang akan jadi klu masih terus bersedih?...teruskanlah hidupmu itu dengan harapan tuhan akan selalu bersamamu,mohonlah padanya agar dia menjauhkan dukacitamu itu agar jiwamu tidakkan rasa kekosongan kali yang seterusnya...laluilah kehidupanmu itu seadanya yang telah memang ditetapkan agar kau melaluinya...semoga sukses...

    BalasPadam