CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Selasa, 29 Mac 2011

7 Petanda Musim Exam Pelajar IPT


Musim final dah nak tiba!!  Dalam waktu-waktu nak exam ni, confirm sorang-sorang member aq akan buat perangai pelik. Kalau jumpa kejadian aneh lagi pelik ni, maknanya tengah musim exam lah tu.
1. Hormon Tak Stabil, Muka Ketat !

Syhh.. nak dekat exam ni muka semua nak stress je. Maklumlah, nak exam kan. Time nak exam ni susah nak tengok muka ceria. Duk pikir bab tu tak habis cover,subjek sane sini disitu dan dimana-mana juga tak habis cover lagi. Dengan assignment dan projek nak kena hantar lagi. Tegur atau silap sikit tak pasal-pasal kena karate woo..hahaha..
*coret-coret :

A : pssttt..pssttt.. asal awek comey tu moody semacam je seminggu dua ni, period ke ?

B : mane pulak ko period 3 minggu, exam la dol..

A : patut lerrr.. tak leh nak usha la camni.. dah la dia tu budak JPA3..
dialog suka-suka ok ! hahaha..
2. Rajin Makan Di Tengah Malam
Bila nak dekat exam ni, semua pakat nak stadi sampai 2 – 3 pagi. Fuh, memang tahap rajin lebih hangat daripada microwave ! Bila dah pukul 1 pagi, studi tak dapat-dapat mulalah mencari sumber-sumber makanan terdekat. Sape member-member simpan biskut tu confirm tak yah risau biskut lemau sebab ada tukang perabis. Tak pun ramai yang turun mencari cafe, keluar gi gerai makan, pekena roti canai. Masa ni juga ada yang aktif berniaga maggi. Memang time nak exam bisnes  laju giler dan lepas tu esok pagi penuh tong sampah dengan plastik maggi MEE SEDAP. Risiko gemuk bagi student IPT memang tinggi gak kan ?

3. Mata Jadi Sepet Macam Pelakon Korea
Masa ni korang boleh nampak mata kawan-kawan semua pakat nak kecik-kecik je. Semua datang kelas dengan mata yang tak ikhlas nak celik, kalau boleh kena letak batang mancis baru boleh terbukak mata tu. Lagi satu memang ramai akan dapat celak semulajadi masa ni disebabkan lingkaran gelap bawah mata. Kalau yang perempuan tu leh la cover, yela diorang kan rajin beli krim itu krim ini. Jaga kecantikan la konon.. hehe.. Ni semua sebab stadi sampai jam 3 pagi la ni, exam kan. Hah, lagi satu kepada perempuan yang suka tengok cerita korea, tak payah jauh-jauh lepas ni. Korang boleh jumpa lelaki korea mata sepet kat kelas disebabkan musim exam. Walaupun tak putih melepak, tapi mata sama sepet ok la tu.

*apa lebihnya lelaki korea berbanding kami lelaki tempatan ni ? arghh !!.. haha


4. Dakwat Printer Habis Dengan Mendadak

Sebelum ni printer yang dibeli masa PC Fair macam nak tak nak je guna. Print lab report paling kurang 7 – 8 helai sekali dalam seminggu. Tapi bila nak exam bukan setakat print  report, semua benda nak diprint. Kena pulak esoknya ada exam, malam tu la nak print slide, nota, rumus, jadual silap-silap print buku teks terus ! Kalau tak print nampak macam takde guna pulak printer tu. So, sebelum nak exam ni print la semua nota baru nampak berjaya sikit .. hahaha.. aq pernah buat ni perangai camni, sekali exam ambik ko ! harap nota je tebal tapi tak leh jawab.. dush !!.. paling bengang kalau terlupa print slip exam.

5. Pertandingan Antara Gamerz Menjadi Semakin Meriah


Biasa kalau nak exam orang kurang main game, tapi fenomena kat asrama siswa terbalik. Makin nak exam, makin rancak diorang main game. Dota la terutamanya sebab ada LAN connection kan. Boleh sambung banyak komputer dalam kolej, jadi meriah la sikit. Kalau tengok chatroom jam 3 – 4 pagi tu ada je orang create Dota, Counter Strike atau Call Of Duty. DDC ( dota dah create ), DDS ( dota dah start ), COD dah create dan macam-macam lagi ayat nak tarik perhatian aq yang tengah study ni ( innocent giler ayat ). Kekadang mouse aq pun tiba-tiba ter’click’ kat join game. Tak tau kenapa.. hahaha.. Biasa student engineering je meriah main game ni, student law jarang camni. Ikut peraturan kan.. keh3



6. Movie Marathon
Inilah term yang paling aq suka dengar bila nak musim exam. Movie Marathon. Maksudnya acara tengok movie tanpa henti, siap buat rekod lagi sape paling lama tengok movie.
semalam ko dah habiskan berapa season ?. Aku dah 15 season ni, nak sedut lagi 20 season plak. Ko ada tak ?
 peh, mantap siot cerita tu. Straight lepas subuh dah 12 jam aku tengok movie. Ko leh wat ke derrr ?
 wei, ada movie baru tak ? ... dalam botol ada ? dah lama aku nak tengok movie pecah pawagam tu
Ni merupakan acara kesinambungan bagi mereka-mereka yang tak reti main game seperti point sebelumnya. Bila tension tak dapat jawab contoh soalan tahun-tahun lepas, study tak masuk dalam kepala mulalah bawak external Hard Disk merata-rata nak sedut movie. huuu…

7. Populariti Perpustakaan Universiti Semakin Meningkat


Kalau masa awal-awal sem ni korang ke library mesti lengang je kan ? Macam bangunan koboi, sepi dan suram. Nak cari meja study pun senang. Tapi bila nak masuk musim exam, tu diaaa.. Berpusu-pusu orang nak ke library. Masa tu la nak booking discussion room, nak buat study group, nak pinjam buku ( last minit lagi ! ) dan nak menelaah dengan bersungguh-sungguh. Serius la aq gelak masa masuk library time nak exam sebab meriah sangat. Paling best kalau ada orang cakap macam ni..
ko nak gi mane ? library ? tak pernah-pernah ko gi library.. ko demam ke ape ?
wehh, member aku ajak study kat library tapi aku lupa la library kat ne
Kalau dapat ayat macam ni memang terkena kaw-kaw la kan. Tapi bagus gak, baru la pekerja perpustakaan rasa dihargai sebab student ramai masuk library.. hehehe..
*************************
Kalau nak disenaraikan tanda-tanda musim exam ni banyak lagi, tapi cukup la 7. Panjang dah aq mengarut ni, karang bosan pulak korang baca tak habis-habis. Memandangkan sekarang ni tengah musim peperiksaan, jadi aq mengumunkan untuk berhenti berblogging selama-lamanya seketika. Hehe.. Tu yang agak slow sikit sekarang ni update. Biasalah student lagi kan.. adat la ni..
Oh ya, kepada semua student-student USM (Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan), Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir Semester 2 dan Good Luck ! :)
*eh, ada lagi ke perangai pelik di musim peperiksaan yang korang pernah jumpa ?


2 ulasan:

  1. tengah tido boleh plak mengigau point2 penting.. hahaha..

    BalasPadam
  2. ,,,study dip jururawat ni dlm BM @BI..sbnarnya saya dpt twrn dip. nurse usm tp sy tkut,,sbb sya lemah BI

    BalasPadam