CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Khamis, 24 Mac 2011

Kerjaya Jururawat Bukan Pilihan Terakhir



Pada suatu hari, 2 tahun yang lalu . . 

" Adakah kerjaya jururawat sebagai satu pilihan terakhir bagi awak?" tanya penemuduga pada hari interview di Dewan Seulas Pinang Pusat Perubatan Universiti Malaya lebih kurang 2 tahun setengah yang lalu. Jawapan pemohon tersebut..."tidak..menjadi seorang jururawat adalah cita-cita saya.."


" Awak pelajar sekolah agama,sanggupkah awak mengorbankan tudung labuh awak dan menjadi seorang nurse yang agak 'seksi' pakaiannya?" tanya Timbalan Pegawai Daerah semasa mengesahkan borang kemasukan ke Kolej Kejururawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya, juga 2 tahun setengah yang lalu. Jawapannya bukan dengan kata-kata tapi dijawab dengan senyuman sahaja.

Mula timbul persoalan oleh aq, pelajar sekolah agama tak boleh jadi jururawat ke? Bukankah kerjaya jururawat tu mulia, berbuat baik pada orang yang memerlukan. Timbul lagi persoalan kat otak aq ni, orang tak bleh terima ke realiti ini? Adakah orang akan pandang pelik? 


Ni adalah soalan masyarakat kepada mereka yang bertudung labuh atau dari aliran agama bila memilih kerjaya jururawat . . Buang tabiat ke ape budak ni nak jadi nurse? Macam tak percaya jer awak jadi nurse?



Jangan Inferior Dengan Kerjaya Anda



Kepada semua sahabat-sahabat atau adik-adik yang bakal mengorak langkah ke IPTA / IPTS, jika anda telah memilih ingin mengambil jurusan kejururawatan, sila lah..hospital memerlukan anda. Ketahuilah,di hospital kita boleh mengenali sebuah kitaran kehidupan,cuba bayangkan kita jururawat banyak bekerja dengan manusia dari bekerja dengan mesin. Kita banyak berjumpa dengan orang yang sihat dan orang yang sakit, kita berjumpa dengan orang yang berstatus tinggi dan setaraf dan juga yang tiada. Kita melihat saat kelahiran seorang bayi, bagaimana ragam manusia menempuhi tempoh ujian kesakitan, dan bagaimana seorang yang dalam ambang kematian menerima panggilan Illahi. Dalam realiti kita bekerja, kita melihat kesenangan dan kesusahan, bukankah kita akan lebih menghargai sebuah kehidupan jika kita menghayati dan mempelajari kehidupan itu. Dalam penghayatan itu, kita akan sedikit sebanyak memuhasabah dan melakukan koreksi kendiri. Kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri, kemahiran yang kita ada tak semua orang mengetahuinya. Jadi jangan inferior dengan kerjaya anda sebagai nurse.

Bersyukur di Jadikan "Sihat" Untuk Merawat yang "Sakit"


 Sesiapa yang melihat ada di antara kamu kemungkaran,maka ubahlah dengan tangan kamu,jika tidak berdaya maka dengan lisan,jika masih tidak boleh maka ubahlah dengan hati,dan itulah selemah-lemah iman. (hadith)

Apakah hakikat kemungkaran itu? Setiap perkara yang dilarang dan terlarang dilakukan dalam syariat Islam.
Di hospital, berapa ramai pesakit yang bila sakit tidak sembahyang? Berapa ramai nurse dan doktor yang tidak mengamalkan sunat memulakan kerja dengan menyebut nama Allah? Berapa ramai jururawat yang membantu pesakit untuk mengerjakan ibadat di hospital?

Lukman al-Hakim telah berpesan kepada anaknya dengan pesanan yang disebutkan di dalam al-Quran dalam surah Lukman ayat 17-19 yang bermaksud;

Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala’ bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkar-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan jaganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong takbur lagi membangga diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. 
Pepatah melayu bermadah "Jadilah benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau dicampak ke darat menjadi gunung".

Sampaikanlah peringatan kepada pesakit kita sambil kita memberi perawatan kepadanya. Semakin manusia diuji dengan kesusahan,semakin dekat manusia ingin mencari Tuhan. Sepatutnya bagi mereka yang dari aliran agama, ataupun yang bertudung labuh, jangan merasa malu untuk menjadi seorang nurse. Gunakan peluang yang ada untuk menyumbang pada kembalikan " Dunia milik Islam". 

akubudaknursing say : sahabatku, selalulah berdoa agar kita dapat memberi manfaat walau dimana kita berada, kita bukan tersalah memilih kerjaya,tetapi kita telah cuba untuk mejelaskan tuntutan fardhu kifayah yang tak semua orang memilihnya. Marilah kita bekerja,beramal dan membangunkan 'kesihatan' dengan cita-cita islami, senyuman yang ceria dan wajah yang berseri.

12 ulasan:

  1. tak maw la aku jadi nurse walaupun tu jer kerja terakhir yg ader kat dunia..baik jadi doktor then leh tenyeh jururawt ni

    BalasPadam
  2. saya mahu cari maksud
    j
    u
    r
    u
    r
    a
    w
    a
    t
    bule bantu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. j - jari jemari
      u - usaha
      r - rawat
      u - umpama lilin
      r - respons
      a - amalan
      w - wibawa
      a - aspirasi
      t - teras

      Padam
  3. sepatutnye doktor dgn jururawat kne ade teamwork ntok sme2 save patient, klw kje doktor nk menenyeh nurse je, patient mati pon doktor x tau nak buat resuscitation...hampeh tol doktor2 skrg, pndai nk mengarah je, nak gune dextrose stix pon xtau....last2 tnye bdk nurse ni jugak...

    BalasPadam
  4. i like to be a nurse becoz that is my ambition wen im still young.. hahahaa .. nurse job is about caring... eventhough some ppl said nurses job r very dirty but i not agree.. nurse job are very important n challenging.. i like the challenging.. hehehe

    BalasPadam
  5. setahu aku jadi jururawat bukan pilihab normal bagi seorang laki tulen..malu la nak cakap kerja sebagai jururawat..pasal tu kalo yang jadi jururawat lelaki tu jenis2 yang lembut, metroseksual dan even worst gayboy..i see it myself in my myhospital..nasib baik saya jadi juruxray..memang betul2 kerja lelaki dan kena tahu fizik..jururawat selalunya lemah akademik..kalo bab fizik kimia biologi mmg lemah yang amat.rata2 dari aliran sastera lepasan spm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dude i think u shud mind ur words. those words u said really judgmental like hey nurses u all are brainless..

      Padam
  6. camne nak mintak nurse ye bang? adk bru abs spm,,,adk minat sgt2 nk jd nurse ni n tempuh alam cam abg,,brbakti cm abg.

    BalasPadam
  7. lelaki sejati. salah ke kalo lelaki jd nurse???... ckp jgn ikt sedap mulut je k... one more thng bukan semua nurse lemah akedemk.. mojority student nurse kat kolej saye dr skolh mrsm n result spm mmg gempaq2 paling tinnggi 10A...dan kebanyak kan nye student x ray nie poyo je lebih, bajet dorg bagus mngalahkan DR =P

    BalasPadam
  8. Betul tu. . mostly kawan kakak saya yang dapat straight A spm masuk nurse.
    Mereka tau mereka banyak peluang utk masuk ke mana2 sekolah tapi see . mereka tak berpilih kerjaya sebab mereka mementingkan org tua.

    BalasPadam