CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Rabu, 30 Mac 2011

Masuk IPT, dapat diploma, jadi misi?

Salam..
Hari ni dah 30 March 2011, minggu-minggu akhir March ni ramai lepasan SPM yang sibuk membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke pusat-pusat pengajian tinggi, semua punya impian dan matlamat masing-masing.
Cuma, perlu direnung kembali niat kita. Kenapa kita masuk IPT ?. hanya untuk belajar, kerja bagus-bagus dapat gaji lumayan lepas tu kahwin ?.


Bila terfikir perkara ini, aku teringat perbualan aq dengan seorang rakan di dalam kelas . Waktu tu subjek English for Nursing.

I : ko ingat lagi tak pe yang ko blajar dulu-dulu ni. besekan kita study then abis exam lupe ape kite blajar.
A : kurang la gak, tapi ada la sikit-sikit. hmm, ko tau tak universiti ni tempat melahirkan pekerja.
I : hah?..asal plak?
A : dulu, masa zaman eropah diorang ni ada duit banyak. Kilang besar,kebun dan macam-macam. Tapi diorang takde sape pun yang nak uruskan. tu yang duit banyak,diorang buat universiti. latih orang-orang untuk kerja dengan diorang. beza dengan zaman ilmuan islam dulu,mereka kejar nilai ilmu.
I : owh, tu yang sekarang ni orang masuk U, kuar nak kerja je ek. asal boleh masuk je mane-mane yang penting dapat kerja.
Sesi perbualan ni aq pun hampir-hampir lupa dialog asalnya,tapi isinya lebih kurang macam tu la. Tentang tujuan orang barat menubuhkan universiti. Aq kurang pasti sahihnya fakta dia cakap tu,tetapi realitinya semua orang macam tu. Aq juga pernah merasakan begitu. Masuk U, jadi misi lepas tu kahwin. Ikut peredaran normal, pusingan hidup setiap manusia. Cuma lama-lama aq terfikir, takkan pengakhiran hidup cuma macam tu saja? Kenapa macam terlalu biasa ?
Sistem pembelajaran kita sekarang telah diprogramkan. Yang bijak masuk bidang gempak-gempak,yang kurang bijak masuk bidang biasa-biasa. Jadi kita mengikut aturan yang sememangnya bukan kehendak kita ( bagi sesetengah individu ). Sebab tu ada yang aq jumpa masuk je mana-mana tempat belajar yang penting boleh kerja.
Semasa dalam perjalanan ke ward time pratikal, sorang member aq ada cakap macam ni..
“ aku baru terfikir, masa sekolah dulu yang dapat result pmr gempak masuk kelas sains..yang biasa-biasa masuk kelas prinsip akaun, aliran teknik.. yang lemah masuk aliran sastera..semua dah ditetapkan..kalau macam tu serupa tak payah ada pilihan kelas tu semua.. kita tak dapat nak buat apa yang kita inginkan “
Itu yang member aq rasa, itu juga yang aq terfikir..
Memang kerja itu penting, kita hidup pun nak mengimarahkan muka bumi ini. Cuma dalam masa yang sama,ketika di alam pembelajaran, ilmu itu adalah yang utama. Teroka ilmu dengan ikhlas dan cuba membuat sesuatu yang baik dengan ilmu tersebut.
Ada yang cakap kat aq,ko study nursing kat USM 3 tahun. Pastu aku tengok apa yang ko belajar mengalahkan apa yang budak medic dan dental,masa kerja nanti bukan ko buat balik apa yang ko belajar ni, penat je study benda mengarut ni..
Mulanya,agak bersetuju juga. Betul gak kan, belajar apa yang aq belajar sekarang ni akan aq guna ke masa time keje nanti. Yelah, aq tengok staf nurse kat ward tu tak implement pun apa yang aq belajar sekarang. Kalau aq terus berfikir belajar untuk bekerja,skop aq akan mengecil, bila aq fikir belajar untuk ilmu, skop itu menjadi luas.
Aq baru sedar, ilmu tiada batasan untuk kita perolehi. Walaupun belajar kejururawatan, tak semestinya aq tak boleh nak cari kemahiran dan ilmu lain. Pengetahuan ini terbuka luas, terpulang pada kita nak membuat pilihan yang mana.
Adakah aq mahu menjadi seorang pelajar yang bangun tidur,pergi ke kelas,balik buat assignment dan tidur ?
Kemudian graduate dengan diploma dan akhirnya.. cukup sekadar menjadi misi U29 ?


*nota kecik :
- terkenangkan apa yang telah aq pelajari, di mana aq aplikasikan semua itu. Aq masih belajar mengenal kehidupan ini. =)
- kadangkala aq sedar dan kadangkala aq alpa.


2 ulasan:

  1. tak yah la poyo..jadik nurse jer pon..xder klas..bo org tiap2 ari

    BalasPadam
  2. 302,desasiwamurni,medicusm28 Oktober 2012 pada 3:00 PTG

    " Ada yang cakap kat aq,”ko study nursing kat USM 3 tahun. Pastu aku tengok apa yang ko belajar mengalahkan apa yang budak medic dan dental,masa kerja nanti bukan ko buat balik apa yang ko belajar ni, penat je study benda mengarut ni "

    Sori la aku nak cakap kat ko yang poyo ni..slaah statement ko pasal ko belajar mengalahkan medic dan dental tu..ko ni perasan lebih la.padahal setakat amek kejururawatan jer pun..bidang paling orang yang educated paling tak nak amek..lowest class job..korang belajar tu senang jer ala buat diploma kesetiausahaan jer..pasal tu korang leh kerja sebagai setiusaha kalo tak nak kerja tenyeh bontot orang..tul tak..sori ek

    BalasPadam